Ringkasan Khutbah di MWHS: Kepentingan Politik Bagi Seorang Muslim

Muslim Welfare House Sheffield (MWHS) (Sumber daripada blog 'Pakcik Mas Afzal')

Semalam (30 April 2010,Jumaat), khatib Muslim Welfare House Sheffield (MWHS) ada sentuh mengenai kepentingan politik bagi seorang muslim. Ada beberapa perkara yang 'Abah' sempat 'tangkap' dan nak berkongsi bersama. Disebabkan pilihanraya U.K akan diadakan pada minggu depan (6 Mei 2010), maka khatib mengesa agar semua muslim memainkan peranan dengan melibatkan diri dalam politik di U.K ini. Khatib memaklumkan bahawa politik adalah salah satu juzuk daripada Islam dan ia wajib untuk setiap muslim terlibat. Yang menampakkan politik itu 'jijik' adalah politikusnya bukan politik itu sendiri. Lalu ramailah melarikan diri daripada politik disebabkan gambaran buruk yang diberikan oleh sesetengah politikus-politikus.

Khatib juga menyatakan bahawa, walaupun sistem negara ini (U.K) bukan secara totalnya mengamalkan sistem Islam, tetapi kita perlu memainkan peranan bagi menjaga keharmonian masyarakat dengan memilih pemimpin yang dapat membetulkan keadaan. Beberapa contoh yang khatib ambil daripada sirah Rasulullah sebelum baginda ditabalkan sebagai rasul dan sebelum adanya negara Madinah. Salah satunya Halful Fudhul iaitu baginda mengakui perjanjian ini iaitu perjanjian menentang kezaliman yang melibatkan bapa saudaranya dan pemimpin-pemimpin yang lain di Mekah dengan menegaskan sekiranya peristiwa itu berlaku di zaman Islam sudah tentu baginda menyertainya, peristiwa perletakkan batu hajaratul aswad oleh baginda atas pemilihan pemimpin besar Quraisy dan pengiktiraf baginda ke atas jasa Hatim Al-Toei iaitu seorang pemimpin di zaman Jahiliah yang berlaku adil dengan melepaskan kaumnya sewaktu ditawan oleh baginda.

Harapan 'Abah', 'Abah' ingin melihat politik di dunia ini di tadbir oleh pemimpin-pemimpin Islam dan berharap agar Umar dan Uwais dapat memainkan peranan dalam menjaga keharmonian sejagat berlandaskan prinsip-prinsip Islam. Janganlah disebabkan sistem itu bukan sistem Islam maka kita terus tinggalkan sebab sabda Nabi yang bermaksud:

"Kebijaksanaan itu milik orang yang beriman, di mana sahaja dia menemui, dialah yang berhak memungutnya"

3 comments:

MSI said...

Pemerintah yang tidak menjalankan hukum Allah s.w.t. terbahagi kepada kafir, zalim dan fasiq (Al-Ma'idah: 44, 45, 47, 48, 50). Apabila menurut susun tertil ayat, ayat 47 dan 48 termansuh kerana adanya ayat 50 sahaja. Nas syari'e menegah kita dari menghukumkan kafir terhadap orang yang mengaku lslam. Namun orang fasiq juga amat besar dosanya (Al-lmran : 110 dan Al-Baiyinah : 6)

Lebih 50 tahun kita diperintah pemimpin dikalangan umat Islam, namun undang-undang Islam masib belum dilaksana sepenuhnya.
Ia hanya dilaksana secara berjuzuk, ambil mana-mana yang digemari dan buang mana yang tidak disukai.

Dalam konteks di Malaysia, kita perlu menggunakan demokrasi bagi memilih kepimpinan yang terang nyata meletakkan Islam sebagai matlamat utama didalam perjuangannya.

Mengikut perlembagaan PAS , Islam adalah dasar perjuangan parti seperti yang tercatat dalam Fasal 3 Perlembagaan PAS. Fasal 5 (ceraian 1) menggariskan tujuan penubuhan PAS untuk memperjuangkan wujudan sebuah masyarakat dan melaksanakan nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya untuk mendapatkan keredaan Allah.
Dalam Fasal 6 (ceraian 2) menyatakan usaha-usaha PAS memperjuangan Islam sebagai akidah dan syariat serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai Islam di segenap bidang.
Manakala dalam Fasal 17 pula menerangkan bahawa hukumdan kekuasaan tertinggi dalam parti berdasarkan Al-Quran dan Sunah Nabi Muhammad s.a.w serta ijmak ulama dan qias yang terang dan nyata dengan tertakluk kepada hukum tertinggi itu, dan kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan.
Dalam perlembagaan PAS yang pertama ianya turut menerangkan tentang cara pentadbiran parti yang merangkumi keahlian dalam parti, perlantikan jawatankuasa dan peranan-peranan jawatankuasa sehinggalah penciptaan sebuah bendera parti.

Berdasarkan daripada perlembagaan ini PAS dengan jelas ingin mendaulatkan Islam sebagai teras kepada pentadbiran dan pembentukan sebuah negara Islam.

Anonymous said...

mantap niiii!

shahnom, kau dah leh wat satu entry mengalahkan panjang entry kak su plak dah!

Safuan said...

Pakcik Shahnom - Boleh buat teks khutbah ni bila hang mari sini nanti.

Makcik Eica - Bila masa pulak kak su pi MHWS solat Jumaat, penat saya tuleh.