"Muslim Welfare House of Sheffield"
Khatib pada khutbah jumaat semalam menyeru agar semua hadirin berhati-hati dalam menghalal dan mengharamkan sesuatu perkara jika tiada asas yang kukuh berdasarkan Al-Quran dan Hadith. Antara contoh yang diberi adalah dengan mengharamkan penglibatan muslim dalam pilihanraya yang berlangsung Khamis (6 Mei 2010) lepas dengan alasan ia tidak mengikut sistem Islam. Perkara ini telah disentuh dalam entri 'Ringkasan Khutbah di MHWS' yang lepas tentang kewajipan terlibat dalam piliharaya di U.K ini.Harapan 'Abah', agar kita berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan jika kita tidak arif dalam bidang tersebut. Jadikan golongan yang arif sebagai rujukan dan jangan mengikut selera kita dalam membuat keputusan terutama apabila kita menjadi seorang pemimpin. Jangan cuba menghalalkan perkara yang haram dan mengharamkan perkara yang halal. Sebagai contoh, jika riba' itu haram, maka tiada sebarang alasan untuk kita menghalalkan walaupun dengan menyatakan lebih baik kita bolehkan jika tidak orang lain tetap akan lakukan juga. 'Abah' akhiri dengan firman Allah dalam surah Al Anam ayat ke 57 yang bermaksud sebagai peringatan bersama:
"Sesungguhnya hak menghukum dan memerintah itu hanya milik Allah."
Al Anam:57
No comments:
Post a Comment