Minggu Ke-23 Usia Kandunganku

Kini kita di minggu ke-23. Pada masa ini tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan baik. Jari-jemarinya juga terbentuk dengan baik. Perubahan yang berlaku pada puan untuk minggu ini amat baik. Antaranya ialah rambut, tekstur kulit, kuku dan warna kulit. Rambut kita akan menjadi lebat dan berkilauan. Kulit pula akan menjadi bertambah gebu, licin dan lembut.

Alhamdulillah, dah masuk minggu ke-23 usia kandungan aku. Pengeluaran sisa darah pun dah berhenti, alhamdulillah. Tapi aku masih perlu berhati-hati dan kurangkan membuat kerja2 berat dan meletihkan. Perkara yang aku kena elak termasuklah mengangkat anak aku Umar. Sian dia, kena panjat sendiri katil yang agak tinggi tiap kali nak tido dan kena panjat atas baldi untuk masuk ke dlm bath tub bila aku nak mandikan dia. Selera makan aku pun makin bertambah lg sekarang ni dan cepat sgt rasa lapar. Kadang2 bila bgn subuh kul 4 pagi aku dah sarapan dgn mihun goreng. Kalau untuk sarapan mmg xboleh ringan2 mkn roti and cornflakes je, mesti nak makanan berat jugak. Kalau xde sgt nasi pun boleh jd sarapan aku hehe. Makan2 jugak, tapi aku kena make sure diet aku seimbang coz skrg ni aku xde amik ape2 tablet vitamin sbg tambahan kecuali tablet zat besi je. Cakap pasal zat besi, alhamdulillah masa aku kena tahan kat wad 2 minggu lepas, ujian darah aku menunjukkan yg bacaan Hb aku dah naik dari 10.8 ke 11.2. Tapi Dr masih suruh aku teruskan amik tablet zat besi tu. Nak tak nak aku kena makan jugak walaupun kdg2 ade side effect mcm sembelit and xsedap perut. Pasni aku akan ade temujanji dgn midwife pd 17 julai. Harap semuanya akan terus berjalan dgn lancar.

"
(Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Ia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Ia mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa." (An-Najm: 32)

Alangkah Banyaknya Nikmat Allah Pada Dirimu

Setiap kali anda menikmati suasana pagi, ingatlah bahawa suasana pagi yg sama jg telah meliputi beribu-ribu org yg sedang berdepan dgn masalah dan kesusahan, tetapi anda mendapat nikmat; meliputi beribu-ribu org lapar, tetapi anda dlm keadaan kenyang; meliputi beribu-ribu org terpenjara sedangkan anda merdeka dan bebas; meliputi beribu-ribu org yg ditimpa musibah dan kematian, sementara anda masih mampu hidup selesa.

Alangkah byknya airmata yg membasahi pipi seorg wanita, alangkah byknya derita di hati seorg ibu, dan berapa kuat jeritan di kerongkong si kecil, sementara anda masih dpt ketawa gembira.

Oleh itu, pujilah Allah atas kelembutan penjagaan, dan kemuliaan yang diberikan olehNya. Duduklah anda dgn muhasabah perilaku diri. Gunakanlah angka2 dan hitungan, alangkah byknya harta yg anda miliki, kenikmatan, kemudahan, kecantikan dan lain2. Kerana itu, bersyukurlah anda dan berbuat baiklah sesama manusia.

"Bayarlah doa orang-orang fakir dan cinta orang-orang miskin dengan membantu mereka."

"Redhalah dengan apa sahaja yang Allah berikan kepadamu, nescaya andalah orang yang paling kaya."

Petikan Buku: Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia (Edisi Melayu)
Oleh: Syeikh 'Aidh Al-Qarni

Rumah Syurgaku

Untuk tatapan keluarga, saudara-mara dan sahabat2 di Malaysia, di UK dan di mana2 sahaja. Ni aku nak citer tntg rumah tempat kami tinggal di Sheffield skrg ni. Asalnya rumah yang kami sewa ni sebuah rumah besar yang telah dipecah kepada 7 flat (3 tingkat). Alhamdulillah kami mampu untuk menyewa salah sebuah flat ditingkat satu dengan harga £450 sebulan (standard harga sewa di kawasan bandar). Rumah kami ni terletak di kawasan bandar dan dalam kawasan University of Sheffield. Oleh sebab tu rumah kami ni dikelilingi oleh hospital dan jugak nursery universiti. Suami aku hanya berjalan kaki selama 15 minit untuk ke Civil Department. Kat bawah ni adalah gambar2 di bhgn luar dan dalam rumah kami.

Pemandangan di bahagian luar rumah

Rumah kami ni unik sikit. Mula2 masuk je pintu depan terus jumpa tandas. Mudah la kalau2 ade imergency bila sampai di rumah :p

Tandas yang besar, kering dan selesa

Sebelah bilik tandas adalah bilik tidur yang kecil. Bilik ni dilengkapi dgn katil bujang, tilam, almari dan meja. Bilik ni kami gunakan sebagai bilik study, bilik komputer, tempat tetamu menginap dan jugak tmpat Umar bermain-main sambil tgk video.

Bilik tidur kecil

Sebelah bilik tidur kecil adalah bilik tidur utama yang agak besar. Bilik ni dilengkapi dengan katil berkembar, tilam, almari, meja solek dan meja lampu tidur.

Bilik tidur utama

Sebelah bilik tidur utama adalah dapur. Dapur kami tak la besar sgt, tapi ok la untuk kami bertiga. Dalam dapur ni dilengkapi dgn dapur gas, peti sejuk 2 pintu, mesin basuh auto, sinki dan kabinet.

Ruang dapur

Ruang dapur

Di bahagian hujung rumah kami letaknya ruang tamu yang agak luas dengan kelengkapan sofa, meja makan dan rak kayu. Adakalanya ruang tamu ini jugak digunakan sebagai bilik tidur tetamu kami.

Umar bergaya di sofa

Set meja makan

Rak kayu

Jadi kepada semua, jemputlah datang berziarah ke rumahku yang seadanya ini. Moga dengan kehadiran kalian akan membawa keberkatan ke dalam rumahku syurgaku ini.

Alamat rumah:
Flat 4
12 Beech Hill Road
Sheffield
S10 2SB

"Dan Allah menjadikan bagi kamu rumah-rumah (yang kamu dirikan itu) tempat tinggal; dan Ia menjadikan bagi kamu dari kulit binatang-binatang ternak: khemah-khemah (tempat berteduh), yang kamu mendapatinya ringan (di bawa ke mana-mana) semasa kamu merantau dan semasa kamu berhenti; dan (Ia juga menjadikan bagi kamu) dari berjenis-jenis bulu binatang-binatang ternak itu, berbagai barang perkakas rumah dan perhiasan, (untuk kamu menggunakannya) hingga ke suatu masa." (An-Nahl: 80)

Minggu Ke-22 Usia Kandunganku

Pada minggu ke-22 struktur gigi bayi kita mula berkembang. Pergerakan bayi kita juga menjadi semakin aktif. Puan sebaiknya-baiknya memberikan tindakbalas dengan setiap gerakan, tendangan atau bunyi dalam uterus tersebut. Pada masa ini puan sudah boleh perdengarkannya dengan alunan zikir dan ayat-ayat suci Al-Quran untuk memberikan pendedahan dan didikan awal sejak dalam kandungan lagi. Dekatkan perakam atau pemain cakera padat dekat dengan perut puan. InsyaAllah bayi kita yang bakal lahir akan menjadi anak-anak yang pintar lagi soleh. Belailah gerakan bayi anda dengan penuh kasih sayang.

Alhamdulillah, bertambah seminggu lagi usia kandunganku. Aku dapat rasakan pergerakan anak dalam kandunganku semakin aktif skrg terutamanya ketika aku hendak tidur pd waktu malam. Sekarang ni aku masih perlu byk berehat dan kurangkan membuat kerja berat. Namun adakala agak sukar untuk duduk diam sahaja kerana aku dah terbiasa membuat sendiri kerja-kerja rumah dan menguruskan anak walaupun suamiku sedia membantu. Terima kasih banyak kepada suamiku yang sangat memahami :)

"Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur." (As-Sajdah: 9)

Futsal, Botanical Garden dan Wad Hospital

Alhamdulillah hari ini aku diberi kesihatan dan kesempatan untuk menulis lagi di blog ini. Selama 3 hari berturut-turut pada hujung minggu lepas (Sabtu, Ahad dan Isnin) pelbagai peristiwa dan pengalaman telah aku lalui.

--> Perlawanan Futsal

Pada petang hari Sabtu lepas aku bersama2 suami dan anak telah pergi menonton perlawanan Futsal anjuran PMPMS. Kebetulan suami aku juga turut bermain mewakili pasukan Pro Goal B dari City. Sepanjang perlawanan aku agak letih kerana banyak berdiri dan berjalan sambil mengejar anakku Umar yang terlalu excited berlari-lari di gelanggang. Alhamdulillah, pasukan suamiku berjaya menyandang NAIB JUARA.


--> Jalan-jalan di Botanical Garden

Pada keesokan harinya iaitu hari Ahad, kami sekeluarga telah pergi ke Sheffield Botanical Garden untuk kali kedua. Kami berjalan-jalan sambil anak kami Umar berlari-lari dengan seronok di atas padang rumput. Kami lihat tiada lagi bunga2 tulip yang mekar berwarna-warni seperti sebelum ini. Yang tinggal hanyalah tanah yang telah digembur. Mungkin musim bunga tulip telah berlalu. Tapi kami bernasib baik kerana pada ketika ini bunga2 ros pula sedang mula berkembang. Aku sungguh excited melihat bunga ros kegemaranku yang pelbagai warna sedang berkembang mekar. Jadi aku tidak melepaskan peluang untuk merakamkan gambar setiap jenis dan warna bunga ros yang ada di sana.


--> Bermalam di Wad Hospital

Pada hari berikutnya, iaitu hari Isnin, secara tiba-tiba aku telah mengalami pendarahan bermula jam 4.00 ptg. Aku fikir pendarahan itu hanya sekejap, tetapi jangkaan aku meleset kerana darah merah terus keluar sehingga jam 9.30 mlm. Aku dan suami merasa cemas dan bimbang lalu kami pun menghubungi bahagian Triage di Hospital bersalin Jessop Wing. Pihak hospital meminta aku datang ke hospital dengan segera, lalu kira-kira jam 10 malam kami pun tiba di sana. Sampel urin dan darahku telah diambil untuk pemeriksaan. Daripada ujian degup jantung yang dijalankan ke atas bayiku alhamdulillah semuanya masih normal. Suami dan anakku terpaksa pulang ke rumah pada jam 12.00 tgh mlm kerana sudah lewat dan anakku Umar hendak tidur. Sedih juga aku kerana terpaksa tinggal bersendirian ketika itu.

Aku terpaksa menunggu hingga jam 1.00 pagi untuk pemeriksaan doktor kerana banyak kes kecemasan pada mlm itu. Daripada hasil pemeriksaan doktor, aku terpaksa dimasukkan ke wad dan keadaan aku akan dipantau hingga keesokan hari. Pada jam 2.00 pg aku telah dibawa ke bilik no. 11 di wad Concord. Apabila tiba di wad degup jantung bayiku sekali lagi diperiksa dan alhamdulillah segalanya masih normal. Oleh kerana sudah lewat malam aku agak sukar hendak melelapkan mata, tambahan lagi kerana berada di tempat asing, teringat suami dan anakku dan rasa sakit yang aku alami akibat saluran keluar darah yang dibuat pada tangan kiriku.

Pada keesokan pagi, apabila aku menjenguk ke luar tinggap sebelah katilku aku dapat melihat dengan jelas tingkap dapur rumah kami. Aku sempat lagi menelefon suamiku dan memberitahunya untuk menjenguk ke luar tingkap dapur kami. Dari jauh aku dapat melihat suamiku tetapi dia tidak dapat melihat aku kerana tidak pasti kedudukan tingkap bilikku ketika itu. Rasa kelakar juga ketika itu bila memikirkan yang aku rasa kesedihan kerana keseorangan walhal rumahku dekat sangat dengan hospital ni. Alhamdulillah, pagi itu juga pendarahan merah sudah berhenti dan hanya tinggal sisa darah sahaja. Aku telah dibenarkan pulang ke rumah pada jam 11.00 pagi setelah hasil pemeriksaan degup jantung bayiku buat kali ketiga menunjukkan hasil yang memuaskan. Aku dinasihatkan agar banyak berehat, jangan mengangkat benda berat dan kurang berjalan-jalan kerana ada kemungkinan pendarahan akan berulang lagi akibat kedudukan uriku yang berada di bahagian bawah rahim. Aku pasti pendarahan yang berlaku ini juga berpunca daripada keletihan yang aku alami akibat banyak bergerak dan berjalan ketika pergi menonton perlawanan futsal dan bersiar-siar di Botanical Garden tempoh hari. Jadi selepas ini aku perlu mengurangkan lagi aktiviti berjalan dan keluar rumah walaupun hakikatnya aku merasa sangat bosan dan jemu duduk di rumah.

Alhamdulillah aku mempunyai seorang suami yang tidak kekok untuk membantu aku membuat kerja rumah pada saat2 memerlukan seperti sekarang. Sejak aku keluar hospital sehingga semalam, suamiku terpaksa mengambil cuti dan berada di rumah untuk membantu aku menguruskan anak, memasak dan lain-lain. Setelah dua hari bercuti, pada hari ini suamiku kembali semula ke uni. Semoga aku diberi kudrat dan upaya untuk menjalankan tugas sebagai isteri dan ibu di samping menjaga kandunganku dengan sebaiknya.

"Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." (Al-Anfaal: 46)

Minggu Ke-21 Usia Kandunganku

Pada minggu ke-21, kita akan mengalami banyak perubahan sementara bayi dalam kandungan pula membesar dengan perlahan. Jadi penjagaan kesihatan agar senantiasa sihat dan bertenaga amat penting. Kita perlu elakkan daripada melakukan kerja-kerja berat yang boleh membebankan bahagian belakang. Malah kita perlu mengelakkan dari memakai kasut bertumit tinggi.

Alhamdulillah, kini bertambah seminggu lagi usia kandunganku. Sekarang aku sudah memasuki trimester kedua fasa kandungan. Sekarang ni aku banyakkan membaca surah Luqman selain surah Yusuf dan At-taubah. Mudahan anakku yang lahir nanti akan menjadi seorang yang cerdik dan bijak. Selera makan aku pun semakin baik dan bertambah sekarang. Kadang2 aku rasa lebih berselera nak makan makanan yang org lain masak. Rasa dah boring makan masakan sendiri. Kalau kat M'sia boleh jugak beli kat luar sekali sekala. Tapi kat UK ni harap nak rasa masakan org lain masa ade jamuan atau program je la. Kalau ikut hati, teringin nak pi carboot. Mmg favourite aku la kalau bershopping ni. Tapi oleh kerana keadaan aku skrg yg kena byk rest, terpaksalah batalkan je niat aku tu. Ntah bila la dpt pegi.

"Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya." (Luqman: 34)

Selamat Hari Bapa

Sempena hari bapa pada hari ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada :

Abahku dan Abah mertuaku ---> Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan yang sememangnya tak mampu untuk kami sebagai anak membalasnya.

Suamiku ---> Terima kasih kerana menjadi abah yang baik, penyayang dan penyabar kepada anak-anak kita. Semoga akan terus menjadi abah yang mithali dan contoh tauladan yang baik kepada anak-anak.

Dan tidak lupa ucapan ini kutujukan buat bapa2 saudara, abang2 ipar, sahabat2 dan semua yang telah bergelar bapa di dunia ini :)

Minggu Ke-20 Usia Kandunganku

Minggu ke-20. Pertumbuhan bayi dalam kandungan puan saat ini adalah agak perlahan kerana memberi peluang kepada paru-paru dan sistem penghadaman serta imunnya untuk matang. Saiz bayi ketika ini ialah kira-kira 25 cm panjang dan mempunyai berat dalam lingkungan 340 g. Pigmentasi pada kulit kita mungkin berlaku dengan lebih ketara tetapi ianya akan hilang selepas bersalin nanti. Payu dara kita juga saat ini sedang menghasilkan kolostrum iaitu sejenis bahan cecair keruh (warnanya) yang berfungsi untuk membekalkan semua bahan yang diperlukan oleh bayi kita pada hari pertama selepas lahir. Jangan cuba memicit cecair itu. Selain itu puan juga akan sering mengalami masalah gusi berdarah dan peningkatan keluaran cecair dari faraj. Sendi dan ligamen-ligamen badan juga akan menjadi kendur. Kita akan lebih kerap merasa sakit pada bahagian belakang badan serta ketegangan dibahagian lain.

Alhamdulillah telah masuk minggu ke-20 (lebih kurang 5 bulan) usia kandungan aku sekarang. Bermakna hanya tinggal separuh lagi tempoh mengandung yg akan aku lalui insyaAllah. Keputusan ujian darah aku tiada masalah, cuma aku kekurangan sedikit zat besi (Hb = 10.8). Jadi aku telah diberi tablet zat besi untuk dimakan sebiji setiap hari.

Hari ini aku telah menjalani imbasan ultrasound major untuk kandungan aku. Seronoknya, masa ujian imbasan aku dpt lihat anak di dalam rahimku. Sonographer telah membuat imbasan yang terperinci untuk melihat perkembangan anakku dari kepala sampai hujung kaki dan dari luar sehingga organ dalamannya. Alhamdulillah hasil ujian imbasan menunjukkan yang perkembangan anak dalam kandungan aku ok dan normal. Dan yang paling aku tunggu2 nak tau ialah jantina anak aku. Dari ujian imbasan 95% berkemungkinan anak aku adalah LELAKI. Nampaknya umar akan dapat kawan untuk bermain bola nanti.

Cuma daripada hasil ujian imbasan juga didapati uri aku berada di bahagian bawah dan menutup laluan bersalin. Jadi aku kena menjalani ujian imbasan sekali lagi pada minggu ke-32 untuk melihat sama ada uri aku telah berubah kedudukannya. Jika tidak, ujian imbasan akan dilakukan lagi sekali pada minggu ke-36. Aku berharap dan berdoa agar segalanya berjalan lancar dan uri aku akan beralih kedudukannya kerana jika tidak berubah sampai waktu bersalin aku perlu mejalani pembedahan.

Satu lagi perkara yang agak merisaukan aku skrg ialah kedudukan uri di bawah akan menyebabkan mudah berlaku pendarahan. Sememangnya aku ada mengalami sedikit pengeluaran sisa darah sebelum ini terutamanya apabila aku sangat letih. Sebelum ini aku fikir ianya agak normal kerana aku pernah mengalami perkara yang sama semasa mengandungkan Umar dulu. Tapi bila aku tau tntg kedudukan uri aku skrg ni, aku agak risau kalau2 keluar darah yang betul. Harapnya perkara tersebut takkan berlaku. Jadi skrg ni aku perlu lebih byk berehat dan kurangkan berjalan2. Semoga segalanya berjalan lancar sehingga aku selamat melahirkan anakku pada masa yang sepatutnya nanti. Mohon sahabat2 tolong doakan kesihatan dan keselamatan aku serta anakku jugak ye.

20 minggu
"Allah mengetahui akan apa yang dikandung oleh tiap-tiap ibu, dan mengetahui apa yang kurang dari yang dikandung dalam rahim itu atau yang lebih. Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisiNya dengan kadar yang tertentu." (Ar-Ra'd: 8)

Corelle di Bradford

Sebelum dtg ke UK dulu, pernah seorang kakak bgtau aku yang kat UK ni org mesti nak beli pinggan mangkuk berjenama untuk bawa balik M'sia. Masa tu aku tak rasa pun nak membeli sama sebab memang bukan minat aku. Tapi sejak datang sini memang betul la, kawan2 sibuk duk citer tntg jenama pinggan mangkuk yang famous. Maka aku pun mula la dgr nama2 seperti Royal Albert, Queen Anne, Churchill, Corelle dan mcm2 lg. Dikatakan harga pinggan mangkuk berjenama ni kalau nak beli kat M'sia harganya ratusan dan boleh cecah ribu RM jugak. Salah satu tempat yg famous jual jenama Corelle dan Queen Anne ialah di kedai Dadibhais, Bradford. Dipendekkan citer, last weekend kami sekeluarga telah mengikut tom2 kami (Abg Z and family) pi ke Bradford. Masa kat sana aku ade beli sikit je pinggan mangkuk jenama Corelle. Jenama Queen Anne memang xmampu nak beli. Yang lain aku byk membeli barang2 plastik je. Macam la kat Sheffield ni xde. Aku fikir nak beli pinggan berjenama sikit ni pun sebab ketahanannya. So harapnya boleh la guna lama sikit and bawa balik M'sia. Kalau pinggan mangkuk yg aku guna sekarang ni made in China and xde jenama. Anak aku Umar dah pecahkan beberapa bijik dah. Jatuh sikit terus belah dua. Masa di Bradford tu kami sempat singgah makan tgh kat Bowling Park di sana. Seronok jugak, anak aku dpt main2 buaian dan berlari kat padang rumput yang luas. Sambil membeli sambil bersiar-siar menikmati alam yang indah ciptaan Ilahi :)

Di Bowling Park, Bradford

"Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat)." (Al-'Ankabuut: 64)

Kereta Oh Kereta..

Alhamdulillah kami baru ade rezeki untuk beli kereta setelah hampir 9 bulan duk di UK ni. Kami beli kereta 2nd hand jenama Renault Megane E Scenic Auto dgn harga £550. Biasalah kereta murah byk gak kena tampal sana sini. Tapi ok la, setakat nak pakai 2-3 tahun sementara di UK ni. Asalkan boleh bergerak. Kereta 2nd hand kat UK ni memang murah. Kalau convert to RM pun masih murah gak. Cumanya harga insuran dan road tax boleh tahan jugak tingginya. Alhamdulillah lesen m'sia kami masih valid. Kalau tak jenuh gak nak bayar kos ambik lesen UK lagi. Kami beli kereta ni pun coz aku dah pregnant. So, mudah nak bergerak pi hospital dll. Aku pun dah makin sarat dan cepat penat bila jalan jauh2. Kalau dulu dengan anak sorg larat lagi la tolak stroller dan jalan kaki je. InsyaAllah dengan adanya kereta ni jugak kami harap tak la melalaikan kami dgn harta dan kesenangan dunia semata-mata. Dan sememangnya dengan harta pinjaman Allah yang sementara ini seharusnya digunakan untuk membantu menegakkan syiar agamaNya di muka bumi ini. InsyaAllah itulah yang akan kami lakukan..

"Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan." (Al-Kahf: 46)

Anakku..Permata Hatiku

Masa bergerak begitu pantas hingga aku tak sedar dah 2 tahun berlalu sejak Umar dilahirkan. Dia dilahirkan lebih awal dari tarikh jangkaan dan tanpa apa2 tanda selain sakit perut yang aku alami sejak jam 4 pagi pd 5 Jun 2006. Jam 9 pagi aku dah sampai di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan pada jam 4 ptg aku dimasukkan ke wad bersalin. Masih segar dalam ingatan saat2 mencemaskan ketika aku berada di wad bersalin tersebut. Selama lebih 5 jam aku bergelut menahan kesakitan yang tiap saat makin kuat. Hanya Allah yang tahu bagaimana rasa sakitnya ketika itu. Oleh kerana sakit yang agak lama dan aku tidak makan ketika itu, aku sudah hilang tenaga dan daya untuk meneran di saat2 akhir. Keadaan agak mencemaskan kerana kepala Umar tersekat di pintu agak lama. Alhamdulillah, dengan izinNya dan bantuan 2 org jururawat serta sokongan suamiku, pada jam 9.45 malam 5 Jun 2006 Umar selamat dilahirkan ke dunia ini. Tak tergambar rasa gembiranya aku dan suami dengan kelahiran Umar pada ketika itu. Tetapi kegembiraan kami tidak berpanjangan apabila Umar telah di tahan di Wad kanak-kanak HSA kerana disyaki menghidap penyakit Torticollis dan dia juga kurang memberi respon. Jadi doktor mengesyaki ianya ada kaitan dengan kepala Umar yang menjadi sedikit lonjong ke kiri akibat lama tersekat di pintu rahim. Kami merasa amat bimbang. Selepas 3 hari Umar telah dibenarkan untuk dibawa pulang, tetapi kami harus mendapatkan rawatan susulan.

Ketika baru dilahirkan

Selepas 7 hari Umar di lahirkan, kami mengadakan acara cukur rambut dan memberi nama. Seperti yang dicadangkan oleh datuknya, nama yang diberi Muhammad Umar Mukhtar iaitu sempena nama seorang pejuang Islam yang membebaskan Libya daripada cengkaman Itali, Umar Mukhtar yang juga dikenali sebagai lion of the desert. Alhamdulillah penyakit Torticollis Umar telah sembuh dengan izinNya dan hasil senaman yang aku praktikkan pada Umar. Bentuk kepalanya juga telah kembali normal walaupun masih agak besar sedikit. Namun ketika Umar berusia hampir 7 bulan, dia telah menjalani pembedahan kecil kerana berlaku jangkitan pada kelenjar lehernya yang menyebabkan jadi bisul besar. Ketika itu kesabaran kami ibu bapanya sekali lagi diuji. Kesian umar, kecik2 lagi dah kena bedah dan terpaksa menahan sakit setiap kali luka bedahnya dicuci. Alhamdulillah selepas pembedahan dan rawatan susulan. Umar tak mengalami jangkitan dan bisul lagi. Selepas itu Umar membesar seperti kanak-kanak normal yang lain.

Ketika berusia 7 bulan (dah boleh meniarap)

Alhamdulilah, aku telah berpeluang untuk menjaga Umar sepenuh masa memandangkan aku belum lagi bekerja. Pengalaman membesarkan anak dengan tangan sendiri memang menyeronokkan kerana aku dapat menyaksikan sendiri tumbesaran dan setiap perkembangannya dari mula meniarap, menyusur, merangkak, duduk, berdiri, bertatih, berjalan, berlari dan skrg mula bercakap. Susah payah melahirkan, menjaga dan membesarkannya terutama ketika dia sakit dll memberi peluang kepadaku untuk merasa bagaimana penat lelah ibu bapaku sewaktu ketika dahulu melahirkan dan membesarkan aku hingga telah berkahwin sekarang. Sesungguhnya tidak mampu untuk aku membalas semua jasa dan pengorbanan mereka.

Ketika berusia setahun

Ketika berusia 1 tahun 5 bulan (dah boleh berjalan)

Alhamdulillah, dalam usia 2 tahun ini, Umar semakin membesar dan banyak perkembangannya. Dia sudah mula pandai bercakap dan menyebut banyak perkataan. Yang paling menggembirakan aku ialah apabila dia sudah pandai memangil aku 'ibu' sejak beberapa minggu sebelum dia berusia 2 tahun dan setelah sekian lama aku menantikan panggilan itu dari mulutnya. Umar juga dah pandai ikut org bersolat. Setiap kali aku dan suami solat jemaah dia pun excited nak ikut sambil kata Allahuakhbar dalam pelat dia. Dia dah pandai berdiri, duduk antara dua sujud dan sujud. Cuma ruku' je yang belum. Alhamdulillah, mudahan Umar jadi hambaNya yang taat beribadah kelak.

Kini berusia 2 tahun

Semakin dia membesar semakin banyak juga cabaran dan tangungjawab kami dalam mendidiknya agar menjadi khalifah Allah yang memakmurkan muka bumi ini dan juga hambaNya yang taat dan patuh segala perintahNya suatu hari nanti. Aku sentiasa berdoa dan berharap agar diberikan kesabaran dalam mendidik Umar dan adik2nya kelak. Mereka nilah harta yang aku ada dan mudah2an ada bekalan dari doa mereka yang boleh aku bawa bila ke alam barzakh nanti. Ya Allah aku bersyukur kerana diberi peluang dalam kehidupan di dunia yang singkat ini mengecapi nikmat menjadi seorang isteri dan seterusnya menjadi ibu yang dikurniakan anak2 sebagai permata hati. Alhamdulillah...

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)". (Al-Ahqaaf: 15)

Selamat Hari Lahir ke-2 Anakku Umar

Birthday Boy

Alhamdulillah, hari ini 5 Jun 2008 genaplah 2 tahun usia anakku Umar. Sempena ulangtahun kelahirannya yang ke-2 ni kami sekeluarga telah mengadakan sedikit jamuan kesyukuran. Untuk merakamkan detik2 bersejarah ni jugak, suamiku dengan bersemangatnya telah membeli Camcorder dan Digicam yang baru.


Kami jugak telah membelikan baju baru untuk Umar sebagai hadiah dan untuk dipakai pd hari lahir dia. Malangnya Umar tak mau pakai baju baru tu. Sampai nangis2 dia tetap nak pakai baju warna merah kegemarannya jugak. Terkilan gak aku nak amik gambar dia dgn baju baru. Bertuahnya anakku sorg ni. Suamiku kata, xpe lah, Umar ni zuhud..hehe..insyaAllah mudah2an. Sepanjang jamuan birthday dia, Umar bukan main seronok, tambahan lagi bila jadi tumpuan kamera dan camcorder. Mula la buat aksi2 dia tu. Saat yang paling best bila Umar buka hadiah-hadiah birthday dia. Ade dpt coklat, kereta, baju dan yang paling best dapat mainan baru dari kami berdua. Terima kasih diucapkan kepada abang2 dan kakak2 angkat Umar yang sudi hadir memeriahkan majlis kami sekeluarga. Doaku semoga anakku Umar dipanjangkan usia dalam rahmat dan redhaNya serta membesar sebagai anak yang soleh, beriman, bertaqwa, berbakti kepada kedua ibu bapa dan menjadi pejuang membela agama Allah s.w.t. Ameen..

Acara membuka hadiah

Hadiah Hari Lahir

Main permainan baru

Bicara Hatiku...

Dan seringkali hati ini berbicara
Siapalah aku di antara hamba-hambaNya
Layakkah aku untuk mengadapNya
Apakah bekalan untukku ke sana

Pabila pagi kuingat suruhanNya
Namun petang berlaku sebaliknya
Diri ini seringkali lalai dan leka
Hati masih terikat dengan dunia

Ya Allah Tuhan Yang Kuasa
Terimalah diriku semula
Yang berdosa dan penuh noda
Hanya padaMu kuserah segala

Benihkanlah cinta dalam hatiku
Agar tidak mengharap selain dariMu
Restu dan redhailah hidupku
Di dunia hingga ke jannahMu

Suhaila
London: 16 Oktober 2003 (13:25)


Untuk Yang Bergelar Muslimah

Renungan untuk diri ini dan sahabat2 lain yang bergelar muslimah..


"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" (Al-Ahzaab: 59)

Minggu ke-19 Usia Kandunganku

Perkembangan minggu ke-19. Bayi akan mula mengeluarkan bahan berwarna putih yang tebal dan berkrim untuk menyelaputi keseluruh tubuhnya. Ia dikenali sebagai verniks dan berfungsi untuk melindungi kulitnya daripada cecair amniotik yang mengelilinginya. Jadi apabila bayi kita lahir kelak bayi kita tidak akan kelihatan seperti tidak mandi selama sembilan bulan. Sesetengah ibu akan berlaku kesan stretchmarks atau tanda calar pada bahagian perut. Hampir 90% wanita akan mengalaminya.

Alhamdulillah telah masuk minggu ke-19 usia kandunganku. Sekarang ni aku dapat merasakan pergerakan anak dlm kandunganku dengan lebih kerap dan kuat. SubhanAllah. Alhamdulillah, badanku rasa sihat dan selera makan pun ok. Tak sabar rasanya nak tunggu temujanji untuk major scan di hospital pada 10 jun nanti. Moga segalanya berjalan lancar..

"Ia menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), kemudian Ia menjadikan daripadanya - isterinya (Hawa); dan Ia mengadakan untuk kamu binatang-binatang ternak delapan ekor: (empat) pasangan (jantan dan betina). Ia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian. Dalam tiga suasana yang gelap-gelita. Yang demikian (kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu; bagiNyalah kekuasaan yang mutlak; tiada Tuhan melainkan Dia; oleh itu bagaimana kamu dapat dipesongkan (dari mematuhi perintahNya)?" (Az-Zumar: 6)