Kelas Bahasa Inggeris

Sejak bulan Disember 2009 aku telah mengikuti kelas bahasa Inggeris untuk pasangan pelajar University of Sheffield yang dikelolakan oleh English Language Teaching Centre dengan kerjasama Union of Students. Kelas ini diadakan secara percuma dua kali seminggu iaitu pada hari Isnin dan Jumaat jam 9.30 pagi hingga 11.00 pagi. Tujuan aku ikuti kelas bahasa Inggeris ni adalah untuk refresh semula penguasaan bahasa Inggeris aku yang tak seberapa ni dan timba pengalaman bergaul dengan pasangan pelajar daripada negara-negara lain. Semua pelajar adalah daripada luar UK. Ada yang daripada Jepun, Hong Kong, Mexico, Oman, Mesir, Turki dan lain-lain. Pelajar-pelajar daripada negara Arab ni selalu bercakap sesama mereka dengan bahasa Arab bila cikgu tiada. Rasa macam dalam kelas bahasa Arab pun ada sebab bilangan mereka yang ramai. Sayangnya aku tak faham apa yang dituturkan sebab tak menguasai bahasa Arab.

Dalam kelas ni kami tak belajar tentang asas bahasa atau grammer sangat tapi lebih kepada penggunaan. Adakalanya perbincangan mengenai isu semasa dan isu yang berkaitan dengan kehidupan harian. Ada sesetengah isu seperti isu budaya dan nilai sangat menarik kerana kami berpeluang untuk mengenali budaya dari pelbagai negara. Kesimpulannya, aku dapat lebih daripada hanya bahasa, tetapi pengalaman berinteraksi dengan kawan daripada pelbagai latarbelakang. Walaubagaimanapun aku berharap dapat menguasai bahasa Inggeris dengan lebih baik dan menghadiri kelas ini adalah salah satu caranya. Buat masa ni aku masih tak yakin untuk nak tulis blog dalam bahasa Inggeris sepenuhnya. Bila buat karangan untuk kelas ni pun rasa macam karangan budak tingkatan 5 walaupun dapat pujian daripada cikgu. Kena usaha lagi nampaknya :)

Gambar yang diambil semasa majlis perpisahan cikgu Carolyn (berbaju putih) yang baru berhenti mengajar kami.

p/s - Terima kasih kepada suamiku yang supportive serta tolong jagakan anak-anak semasa aku ke kelas :)

4 comments:

Hacked by w3d0z said...

all the best kak!!=]

Suhaila said...

Thanks Elly =)

Maria Maarof said...

Awak tak perlu lagi su.. dah terrer dah ^_^

Suhaila said...

Ye la tu Cik Has..dah berkarat BI saye ni..awak lain la dah la terrer BI n skrg Jepun pulak ^_^