Perjudian Piala Dunia

"Kumpulan Berjaya"

Kumpulan BERJAYA yang dipengerusikan oleh Tan Sri Dato’ Seri Vincent Tan Chee Yioun telah berjaya secara rasminya mendapat lesen judi bagi kejohanan bola sepak piala dunia bermula bulan hadapan. Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Malaysiakini dan ada beberapa perkara yang boleh renungkan bersama daripada kenyataan dibawah.


Menurut akhbar harian Cina, Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA. Sehubungan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini. BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen. Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan. Sebelum ini, ada pihak yang bimbang rangkaian kedai serbanika, 7-eleven yang juga dimiliki Kumpulan BERJAYA akan digunakan untuk tujuan yang sama. Sin Chew memetik sumber yang berkata, masyarakat Islam akan dilarang daripada terbabit dengan pertaruhan bolasepak itu. BERJAYA pada 11 Mei lalu memohon sahamnya di Bursa Kuala Lumpur digantung hari ini mulai jam 9 pagi hingga 5 petang sementara menunggu pengumuman lanjut berhubung cadangan menaikkan modalnya. Ketika dihubungi pegawai BERJAYA berkata kenyataan media akan dikeluarkan hari ini. Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata tindakan kerajaan itu bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini. Katanya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.


Sumber : Malaysiakini



1. "masyarakat Islam akan dilarang daripada terbabit dengan pertaruhan bolasepak itu".



Sejauh mana pengawalan yang boleh dilakukan. Cuba tengok gambar di bawah. Walaupun sebelum ini ada menyatakan bahawa judi tidak boleh dijual kepada orang Islam, gambar di bawah menjadi saksi berapa ramainya orang melayu Islam berjudi.




Sumber: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)


2. "Katanya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa."


Satu kenyataan yang memang tidak sesuai dikeluarkan oleh seorang timbalan menteri Islam. Apa yang dikhuatirkan, selepas ini banyak la benda yang haram akan menjadi halal jika ada keuntungan untuk negara jika hujah begini digunakan. Cuba kita tengok kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang menteri di Brunei mengenai isu arak.



BANDAR SERI BEGAWAN (Brunei): Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam.

Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan.

“Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini.

“Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak.

“Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran,” tegasnya. - AP


Sumber : Tranungkite


Sesungguhnya apa yang ALLAH haramkan ada hikmahnya seperti ayat 219 surah Al-Baqarah yang bermaksud:


“Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfa'at bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfa'atnya". Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: " Yang lebih dari keperluan." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir.”


(Al-Baqarah:219)


Sesungguhnya, kajian daripada para Saintis telah menemui bahawa kesan berjudi sama dengan kesan pengambilan alkohol dan dadah.

Problem gamblers share deficits in impulsive decision-making with alcohol-dependent individuals Lawrence AJ (Lawrence, Andrew J.) et al


''Gambling and alcohol-dependent groups shared deficits in tasks linked to ventral prefrontal cortical dysfunction. Tasks loading on dorsolateral prefrontal cortex were selectively impaired in the alcohol-dependent group, presumably as a consequence of long-term alcohol use.''



Gambling pathology is associated with dampened cortisol response among men and women
J.J. Paris et al


''Engaging in gambling instantiates many of the same physiological processes that are associated with drugs of abuse. First, there are autonomic effects of gambling. We and others have demonstrated that non-pathological gambling is associated with increases in heart rate. As well, autonomic stimulation is observed with engagement in drug-seeking and drug-taking''


wassalam.

3 comments:

Anonymous said...

kak su, bakpe blog ni jadi lain dah??
kah kah kah..
ni msti kes sume dah jadi kaki blog dah ni

HiLMaN said...

judi telah dilesenkan. Saya fikir benda-benda yang lain perlu dilesenkan juga. Allahu a'lam

Suhaila said...

To Eica - jadi lain lagu mana tu Eica..Jadi lagi best ke? Alhamdulillah..:D

To Hilman - Contoh benda lain yang nak kena lesenkan jugak tu ape ye?