Dapat Award

Terima kasih banyak pada Akak yeng telah memberi Award yang cantik ni. I like it very much. Semoga ukhuwwah yang terjalin berkekalan :)

Minggu Ke-31 Usia Kandunganku

Minggu ke-31. Bagi sesetengah wanita hamil akan mendapati tanda kesan regangan merah pada perutnya. Manakala pada payu daranya pula akan kelihatan salur darah yang agak jelas timbul. Ketika ini kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Panjang badannya kini boleh mencecah 37 cm dengan berat 900 g.

Hari Ulangtahun Perkahwinan Ke-3

Alhamdulillah, dah 3 tahun usia perkahwinan kami. Cepat sungguh rasanya masa berlalu. Rasanya macam baru je melalui saat2 ketika kami diijabkabulkan sebagai suami isteri. Hatiku rasa syahdu, gembira dan macam2 lagi apabila menatap kembali gambar2 ketika majlis akad nikah dan kenduri kahwin kami.

Untuk sambutan ulangtahuan ke-3 ni, aku ade buat kek coklat. Ingat nak try buat kek keju pulak. Abang suka sangat kek keju. Tapi xjadi coz aku tak jumpa cream cheese untuk buat kek tu kat Asda dan Tesco. Pastu plan nak pi makan kat Kebabish pun terpaksa ditangguhkan sebab abang kebetulan ade meeting AJK PMPMS pulak arini. Abang bgtau, dia nak bagi hadiah percutian ke Carboot Sales dan rumah kawan di Loughborough hujung minggu ni. Ok la tu. Merasa jugak aku nak pi Carboot Sales yang dah lama aku idam2kan hehe.

Semoga ikatan cinta dan kasih antara kami suami isteri sentiasa dalam redha Allah dan berkekalan hingga ke SyurgaNya, serta dikurniakan kami dengan zuriat yang soleh dan solehah, ameen.

Kek Ulangtahun Perkahwinan Safuan dan Suhaila


Kasihmu Amanahku (In-Team)

Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara

Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi

Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya



"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." (Ar-Ruum: 21)

Memperingati Masjid Al-Aqsa Dibakar


TANGGAL 21 Ogos merupakan tarikh yang amat penting dalam lipatan sejarah umat Islam. Apa tidaknya, Pertubuhan Persidangan Islam atau lebih dikenali dengan OIC lahir kerana insiden 21 Ogos. Apakah yang berlaku sehingga persidangan ini tercetus?


Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael Rohan telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok serta mimbarnya yang besar (mimbar Solahuddin).


Api marak dengan dahsyat sekali seolah-olah seluruh Masjid Al-Aqsa akan musnah ketika itu. Sehinggakan pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan. Tetapi Allah s.w.t telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan.


Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Rohan. Lucunya, Rohan mendakwa bahawa dia diutuskan oleh Allah untuk melakukan pembakaran itu, bersesuaian dengan berita dari Kitab Zakaria.


Apa yang menyedihkan kemudiannya ialah Yahudi membebaskannya dengan mengatakan Rohan 'gila', dengan kata lain, tidak waras.


Maka, atas sebab itu, Rohan tidak dapat dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut. Bertitik-tolak insiden menghinakan itu, negara-negara Islam di seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa.


Maka sejak itu, 21 Ogos tanpa gagal diangkat sebagai Hari Al-Quds sedunia. Ia disambut sebagai tanda memperingati tragedi pembakaran masjid Al-Aqsa.


Tragedi tersebut merupakan catatan sejarah yang paling menyedihkan dalam sejarah umat Islam. Masjid Al-Aqsa yang begitu suci itu dihina sedemikian rupa.


Tidak menghairankan apabila semua umat Islam seluruh dunia 'terbakar' hati dan perasaan mereka kerana tindakan Rohan, 38 tahun lalu. Begitulah nasib Tanah suci umat Islam yang ketiga setelah dihuni oleh rejim Zionis.


Perlu diingatkan, isu Masjid Al-Aqsa ini ada hubung kait dengan hal-hal Palestin.


Maka selayaknya, isu Palestin ini merupakan isu yang dipertanggungjawabkan bagi sekalian umat Islam. Satunya kerana, kedudukan Masjid al-Aqsa sebagai Tanah Suci ketiga dalam Islam. Selebihnya ia merupakan kiblat pertama umat Islam selain menjadi bumi didiami para Nabi serta pusat pemerintahan dunia Islam seperti yang dirakamkan dalam hadis Rasulullah.


Bagi masyarakat bukan Islam, isu Palestin menggambarkan ketidakadilan dan kezaliman rejim terhadap bangsa Palestin yang perlu sama-sama dibela dan diperjuangkan.


Hari ini Palestin berada dalam tangan rejim Zionis yang telah merampasnya daripada tangan umat Islam.


PembelaanAkibatnya, umat Palestin telah dihalau keluar, dizalimi, ditindas, dikambinghitamkan, dipenjarakan dan dibunuh. Nasib yang melanda umat Islam Palestin memerlukan pembelaan dari seluruh umat Islam.


Sebagai usaha pembelaan dan kepedulian, maka Hari Memperingati Al-Quds atau Remembrance of Al-Quds (ROQ) merupakan sebuah gagasan yang menjadi simbol solidariti umat Islam di Malaysia terhadap umat Palestin.


Pelbagai kegiatan boleh dijalankan untuk menghebahkan tentang isu Palestin dan kedudukan Palestin dalam hati umat Islam serta soal penindasan di Masjid Al-Aqsa. Kita berharap program ini akan menggerakkan masyarakat su- paya sedar lalu terpanggil untuk menghulurkan sumbangan dan mempersiapkan diri mereka dengan segala pertahanan dan kecemerlangan sebagai umat yang terbaik.


Episod duka Palestin ini, ditambah dengan penindasan dan kezaliman yang tidak henti hingga ke saat ini hakikatnya menuntut sokongan dan bantuan semua, seluruh lapisan masyarakat dunia.


Malah, 21 Ogos hadir setiap tahun mengingatkan kita bahawa sekiranya kita tidak mempertahankan tanah suci Palestin dan Masjid Al-Aqsa, kelak, kita bukan sahaja tidak dapat mempertahankannya daripada sekadar dibakar, malah keseluruhannya cenderung untuk dirampas secara haram oleh rejim Zionis.


Justeru, bersempena Sambutan Memperingati Hari Al-Quds Sedunia tahun ini, adalah amat wajar untuk kita sama- sama mengajak masyarakat sekeliling memperingatinya, apatah lagi merencana langkah strategik, efektif dan praktikal lagi kreatif demi menyumbang ke arah pembebasan Palestin.


Sementara itu, antara aktiviti-aktiviti untuk menyemarakkan sambutan ini ialah ceramah umum, seminar, demonstrasi damai, penerbitan filem, buletin, cakera padat video (VCD), persembahan seni seperti teater, nasyid, dan festival seni dan pameran kesedaran di tempat awam yang strategik di masjid-masjid, sekolah-sekolah termasuk gedung beli-belah dan sebagainya.


Oleh MOHD. SAFWAN SAPARUDIN

Utusan Malaysia, 19 Ogos 2008


Minggu Ke-30 Usia Kandunganku

Minggu ke-30. Puan perlu banyak berehat. Jika puan tidak bekerja, pastikan puan mendapat rehat yang cukup pada hari siang. Pada waktu malamnya pula, pastikan puan tidur awal dan dapat tidur dengan selesa. Tips tidur - angkat sedikit kaki dan letakkan beberapa biji bantal di bawahnya. Jadi minggu-minggu terakhir ini kita secara rumusannya perlukan rehat yang cukup dan selesa.

Antara doa yang menjadi amalan setiap kali selepas solat 5 waktu ketika aku mengandung (terjemahannya) :

"Ya Allah, peliharalah anakku semasa ia di dalam kandunganku ini, dan sembuhkan serta sejahterakanlah ia. Sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan dengan penawarMu, sembuh yang tiada meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandunganku ini dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah ia sihat, sempurna, cerdik, berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya dan perelokkanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W".

Hari Konvokesyen Ijazah Sarjana


Alhamdulillah, hari ini 16 Ogos merupakan satu lagi tarikh bersejarah dalam perjalanan hidupku. Pada hari ini aku layak menerima Ijazah Sarjana Sains (Kimia) dalam Majlis Konvokesyen yang diadakan di UTM Skudai. Walaupun aku rasa agak sedih kerana tak dapat pulang ke M'sia dan memakai jubah konvo sarjana, tetapi aku bersyukur kerana akhirnya setelah sekian lama aku dapat konvo juga. Aku ingin merakamkan jutaan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada mereka semua yang telah banyak membantu dalam usaha untuk aku menyiapkan pengajian sarjanaku terutamanya suamiku yang tercinta, keluargaku dan keluarga mertuaku, sahabat2ku, penyelia projek sarjanaku, pensyarah2 dan semua mereka yang telah memberi sumbangan secara langsung atau tidak langsung. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Kak Wan Khadijah yang telah membantu dalam urusan borang2 konvo serta pengambilan sijil dan transkrip sarjana aku di UTM.

Walaupun aku merasa agak ketinggalan berbanding rakan2 seperjuanganku yang kini telah melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD, insyaAllah cita-citaku untuk turut jejak langkah mereka masih belum padam. Dengan dorongan daripada suamiku, insyaAllah aku sedang berusaha untuk mencari ruang dan peluang untuk melanjutkan pelajaran. Harap semua doakan agar perjalananku seterusnya dipermudahkan Allah :)

"Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan."

Minggu Ke-29 Usia Kandunganku

Minggu ke-29. Postur kita akan kelihatan lebih besar pada bahagian hadapan. Pada masa ini kulit bayi dalam kandungan semakin merah. Namun ia kelihatan agak berkedut sedikit dan lelemak sudah mula terkumpul pada bahagian bawah kulit. Kelopak matanya juga telah terbuka dan sistem pendengaran telah terbentuk dengan sempurna.

Alhamdulillah, masuk minggu ke-29 dan bermula peringkat ketiga trimester kandungan aku. Sekarang ni aku mudah lenguh pinggang dan sakit belakang. Baby pun makin aktif bergerak. Masa temujanji dengan midwife, blood pressure dan heartbeat baby semua ok cuma urin aku ade sikit glukos. Maybe sebab aku baru lepas lunch before amik urin test tu. Hopefully next time dah xde lg la glukos tu. Midwife ade jugak ambik sample darah aku untuk uji anemia dll. Just untuk recheck. Hopefully semuanya normal. Ukuran tinggi perut aku lebih kurang 28 cm je and Midwife kata still ok. Bila aku check dlm chart, ukuran tu dalam range lebih kurang 50% je. Erm..maybe sebab tu kot ramai org cakap perut aku xnampak sgt even dah 7 bulan lebih. Ape pun aku rasa perut aku dah makin besar dan sesak sekarang ni. Nak duduk atas lantai pun dah xbape selesa. Next appointment aku dengan midwife 25 September nanti. Before that, aku akan ade scan on 2nd September untuk tgk kedudukan uri aku. Hopefully semuanya ok nanti :)

"Dia lah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu, dan Ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah ia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah ia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika ia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata):" Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur". (Al-A'raaf: 189)

BBQ City

Sate BBQ (Sekadar Gambar Hiasan)

Semalam, 10 Ogos 2008 telah diadakan Program BBQ untuk kawasan City di Sheffield. BBQ tersebut diadakan di Hazel Park bermula waktu tengah hari. Program yg diadakan berbentuk jamuan makan sambil berkenalan untuk merapatkan ukhwah di kalangan warga city. Menu utama ialah sate, ayam dan kambing bakar. Selain tu byk lg menu lain yg dibawa secara potluck oleh semua warga city.

Sehari sebelum BBQ diadakan acara menyucuk sate oleh kaum helwa di rumah kak Yati dan aku pun tak ketinggalan nak menyucuk sate pertama kali dlm hidup hehe. Untuk potluck plak aku kena sediakan salad. Aku decide untuk buat salad mayonis. Aku pun cari la resepi salad kat internet dan tanya kwn. Maklumlah aku ni mmg xpenah buat salad untuk BBQ. Pagi semalam kelam kabut jugak aku dgn hubby memotong bahan2 untuk salad tu. Mana taknye kul 8 lebih baru nak mula and program dijadualkan kul 11 pg. Anak aku Umar plak bgn tidur awal dan sibuk nak tolong potong jugak. Alhamdulillah menjadi jugak salad aku.

Masa BBQ semalam mmg puas la mkn sate, ayam dll. Makanan pun byk sampai xsempat nak bakar semua. At last semua pakat bawa balik sate, ayam, kambing mentah dll. Cuma yg xbestnye aku terpaksa tahan nak buang air sepanjang BBQ smlm coz toilet kat park tu semua tutup. Skrg ni aku mmg kerap buang air coz baby makin besar dan tekan bladder. Aku ade bawa kamera tapi tak ambik gambar plak smlm. Sibuk duk makan dan mengejar anak kami Umar. Biasalah dia, asyik nak main kat playgroud yg ade kat situ. Puas la dia main dan mandi pasir smlm. Lepas balik dr BBQ lebih kurang kul 4 ptg smlm kami semua tertido coz keletihan dan kekenyangan..alhamdulillah :)

"Sesungguhnya orang-orang mu'min adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat." (Al-Hujuraat: 10)

Minggu Ke-28 Usia Kandunganku

Kini masuk minggu ke-28, bermakna hanya tinggal lagi 3 bulan sebelum saat kelahiran yang ditunggu-tunggu tiba. Ibu mungkin akan menjadi sedikit pelupa, kekok dan agak janggal. sepanjang bulan-bulan terakhir ini, bayi juga telah mula menyimpan bekalan lemak dalam badan. Selain itu ibu juga mungkin akan mengalami sakit ulu hati, senak dan kadang-kadang kejang pada bahagian betis. Jangan terkejut jika ibu berhadapan dengan kontraksi. Ia bukan kontraksi untuk melahirkan tetapi ia sebaliknya adalah kontraksi kecil yang dipanggil Braxton Hiks. Sepanjang kehamilan cuba elakkan daripada berfikir perkara-perkara buruk atau negatif. Banyakkan membaca majalah-majalah atau menonton rancangan tv yang berfaedah untuk minda dan perkembangan kehamilan.

Alhamdulillah, dah masuk minggu ke-28 kandungan aku. Aku mula mengalami simptom2 seperti yg dinyatakan kat atas. Mudah sakit ulu hati dan kena kejang kat bhgn betis. Lagi satu, mmg betul aku mudah lupa skrg ni. Masa prog ceramah Isra' Mi'raj yg lepas, aku lupa bawa balik semula sejadah yang aku bawa ke tempat ceramah dan yg paling dramatik bila aku tertinggal kunci rumah kat rumah sorg kwn yang kami singgah lepas abis ceramah. Aku sedar tertinggal kunci masa dah nak smpi kat rumah kami. Masa tu dah hampir kul 12 malam. Tak pasal2 kena patah balik ke rumah kwn tu yang perjalanan hampir 1/2 jam pi balik. Ustaz penceramah yg stay kat rumah kami pun terpaksa ikut sekali. Buat malu je. Tup2 bila sampai kat rumah kwn tu pulak dah kuar pi ambil tempahan ikan. Nak tak nak kenalah tunggu sampai kwn tu balik. Secara kebetulan kami pun mintak tlg kwn tu ambikkan tempahan ikan kami sekali. So takpe lah, tertinggal kunci rumah dapat bawa balik ikan :). Tiap yg berlaku ade hikmahnya..

“Allah menciptakan manusia dari permulaan, kemudian mengembalikannya (menghidupkannya) kembali, kemudian kepadaNyalah kamu dikembalikan.” (Ar-Rum : 11)