Ringkasan Khutbah di MWHS: Hak-hak Bagi Seorang Isteri


"Muslim Welfare House of Sheffield"

Khutbah Jumaat kali ini menekankan mengenai hak-hak bagi seorang isteri. Antara perkara yang ditekankan oleh Khatib adalah mengenai hak nafkah seorang isteri daripada suaminya. Jika si suami mengabaikannya, maka si isteri dibenarkan mengambil harta daripada suami tanpa pengetahuannya dan sekadar keperluan. Peristiwa yang berlaku ke atas isteri Abu Sufyan iaitu Hindun binti 'Utbah boleh dijadikan sebagai rujukan. Hindun mengadukan keadaan diri kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Abu Sufyan itu seorang lelaki yg bakhil. Dia tidak memberi nafkah yg cukup padaku dan anakku kecuali bila aku mengambil dari harta dlm keadaan ia tidak tahu.”Rasulullah menjawab: “Ambillah untukmu dan anakmu dgn apa yg mencukupimu dgn cara yg ma’ruf.”

Namun tentu seorang isteri hanya dibolehkan mengambil harta tersebut dgn cara yg ma’ruf iaitu kadar harta yg diambil tersebut diketahui secara kebiasaan telah mencukupi. Adapun bila suami telah memberikan nafkah dgn cukup sesuai kemampuan tidak boleh seorang isteri mengambil harta suami tanpa izinnya.

Selain daripada itu, khatib supaya menjaga hubungan fizikal antar suami dan isteri dalam mengekalkan keharmonian rumah tangga. Suami tidak boleh sewenang-wenang menggunakan kekerasan terhadap isteri apatah lagi memukulnya. Sebagai satu contoh, khatib mengambil satu nas Al-Quran daripada surah An-Nisa ayat ke 34 yang bermaksud:

"Dan wanita-wanita yang kamu bimbang nusyuznya maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah diri dari tempat tidur mereka dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya”.

Perkataan nusyuz نشوز bererti berada di tempat yang tinggi. Isteri yang nusyuz ialah isteri yang ingkar kepada suaminya dan membangkitkan kemarahannya. Ini menunjukkan Islam sangat-sangat menekankan keharmonian rumah tangga, walaupun isteri yang nusyuz, ada beberapa langkah sebelum diambil jalan menggunakan fizikal sebagai hukuman.

Sebagai penutup, perbanyakkan komunikasi antara suami dan isteri bagi memahami antara satu sama lain. Semoga si isteri menjadi ketua bidadari kepada si suami di syurga kelak. Ameen.


2 comments:

joegrimjow said...

DAH beberapa hari ni

Suhaila said...

Kedua-dua penulis blog ni sedang sibuk. We'll be coming back soon :)