Mencecah Usiaku Ke-3 Dekad

7 Julai 2011 yang lalu genap usiaku 30 tahun. SubhanAllah, cepatnya masa berlalu. Pejam celik dah masuk 3 dekad usiaku. Setahun lagi usia bertambah, setahun lagi makin dekat untuk kembali kepada yang Maha Pencipta. Rasa baru sedikit sangat amalan buat bekal ku menemuiNya nanti.

Apa pun aku bersyukur kerana masih bernafas sehingga ke saat ini dan dapat meneruskan hidup di muka bumi sebagai hambaNya. Masih banyak tanggungjawab yang perlu ku laksanakan dengan baki usia yang entah berapa banyak yang ada. Moga Allah memberkati usiaku yang telah lalu dan akan datang serta permudahkan urusanku terutamanya untuk melahirkan anak ketigaku nanti. Amiin.


Hadiah daripada suamiku tahun ini ialah bunga, kad dan kek serta belanja makan di Kebabish. Terima kasih abang sayang :). Selain tu, hadiah yang paling istimewa sempena hari lahirku tahun ini ialah abang dah berjaya menghantar tesis PhDnya setelah hampir 3 tahun 9 bulan pengajian di Sheffield Uni. Alhamdulillah, tahniah buat abang. Sekarang abang masih menanti tarikh untuk viva. Moga dipermudahkan urusan viva abang selepas ni. Amiin :)