Khatib mengingatkan kepada semua hadirin agar tidak keterlaluan dan merasa terbeban dalam melaksanakan Ibadah kepada ALLAH. Khatib memetik satu ayat daripada ayat Al-Quran daripada surah Al-Baqarah ayat 284 yang bermaksud:
"ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupnya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan mendapat siksa (dari kejahatan)yang dikerjakannya..."
Rasulullah menyuruh umatnya agar tidak keterlaluan dalam mengerjakan amalan ibadah sepertimana petikan daripada hadith yang diriwayatkan oleh Iman Bukhari dan Muslim meriwayatkan hadith dari Anas bin Malik, katanya : Tiga orang sahabat datang berkunjung ke rumah isteri-isteri Rasulullah s.a.w. menanyakan tentang 'ibadat yang dikerjakan oleh Baginda. Setelah tiga orang sahabat tadi mendapat jawapan dari isteri-isteri Baginda, mereka merasa bahawa 'ibadat mereka itu bila dibandingkan dengan ibadat Rasullah s.a.w. adalah terlalu sedikit dan sangat-sangat "kurang."
Mereka berkata sesamanya: "Bagaimana 'ibadat kita? Padahal Baginda adalah orang yang ma'shum - tidak sedikit pun mempunyai dosa, dan Allah telah mengampunkan dosanya yang telah lalu dan akan datang?. "Maka salah seorang dari mereka itu berkata: "Aku akan sembahyang Tahajjud setiap malam." Dan seorang yang lain akan berkata:"Aku akan berpuasa sepanjang tahun, dan tidak akan berbuka." Dan seorang yang lain lagi berkata: "Aku akan mengasingkan diri dari orang perempuan, dan aku tidak akan berkahwin selama-lamanya (hidup membujang)" Maka datang Rasulullah s.a.w., lalu bersabda:
Kamu semua berkata begitu? Ingat dan ketahuilah, demi Allah, aku adalah orang yang sangat takut terhadap Allah, dan sangat taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadang-kadang aku (tidak berpuasa), dan aku sembahyang, dan aku tidur, dan aku juga berkahwin dengan perempuan. Maka sesiapa yang tidak suka dengan sunnahku, mereka itu bukanlah pengikutku (bukan dari kalangan ummahku). (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pelbagai keringanan yang diberi kepada Umat Muhammad dalam mengerjakan amalan seharian jika dia ditimpa masalah. Ia menunjukkan bahawa Islam sebuah agama yang flexible amalan tetapi tetap dengan prinsip. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment