Al-Fatihah

Semalam (28 April 2010, Rabu), Pakcik 'Azril' ko bagitahu yang ayah kepada makcik 'Isma' iaitu mertua kepada pakcik 'Hazimin' telah meninggal dunia. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah, semoga ditempatkan bersama-sama dikalangan orang mendapat rahmatNYA.

Pakcik 'Hazimin' ni kawan lama 'Abah' semasa study degree di UTM, Skudai. Walaupun dia senior batch (forecast - sama pandai macam 'Ibu'), kami baik sebab pernah bersama dalam banyak program anjuran Persatuan Mahasiswa Islam (PMIUTM). Sekarang, pakcik 'Hazimin' sedang melanjutkan pelajarannya di University of Glasgow.

Harapan 'Abah' semoga keluarga pakcik 'Hazimin' terutama makcik 'Isma' bersabar dengan ujian yang ALLAH berikan. Memang benar ujian berpisah dengan orang tersayang antara ujian yang terbesar, cuma kita kena ingat firman ALLAH dalam ayat ke 185 surah Ali Imran yang bermaksud;

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada Hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan di masukkan ke Syurga, maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”

Ali Imran: 185

wassalam.

2 comments:

Suhaila said...

Al-Fatihah..

Ahn Dee (Asyandi) said...

tazkirah ringkas ttg kematian..
al-fatihah..