Khatib menekankan mengenai kepentingan da'wah dalam membantu kebangkitan Islam. Seperti contoh yang berlaku kepada Indonesia, dimana merupakan negara umat Islam yang terbesar di dunia dimana suatu ketika dahulu para pedagang Islam memainkan peranan penting dalam menyeru manusia menyerah diri kepada ALLAH. Kerja da'wah adalah kerja yang mulia dan merupakan sebab mengapa rasul-rasul diutuskan seperti daripada petikan al-Quran surah Al Ahzab ayat 45 dan 46 yang bermaksud:
"Wahai Nabi! Sesungguhnya kami mengutusmu untuk menjadi saksi, pembawa khabar gembira dan pemberian peringatan, dan untuk menjadi penyeru kepada (agama) Allah dengan IzinNYA dan sebagai cahaya yang menerangi"
Khatib menyeru supaya setiap muslim memainkan peranan bagi menyebarkan da'wah kepada non muslim. Khatib juga menyatakan seseorang tidak perlu betul-betul suci dan baik barulah berda'wah kerana keadaan itu tidak akan berlaku kepada manusia biasa. Takut perasaan ujub akan wujud jika seseorang merasai dirinya sudah suci dan sempurna. Semoga kita memainkan peranan dalam berda'wah bagi kebaikan Islam.Wassalam.
No comments:
Post a Comment