Manfaatkan Masa

Satu link yang sungguh manfaat yang 'Abah' dapat daripada pakcik 'Ise'. Website ini sarat dengan pelbagai kuliah-kuliah oleh Ustaz-Ustaz yang merujuk kepada beberapa-beberapa kitab besar.


Harapan 'Abah', agar masa kita dimanfaatkan terutama apabila berada dihadapan komputer. Peringatan untuk 'Abah' sekali mengenai manfaatkan masa ini, sebab setiap masa kita akan dihisab di akhirat kelak sepertimana Nabi bersabda yang bermaksud:

“Tidak akan berganjak dua kaki seorang hamba Allah (dari tempat hisab di padang mahsyar) sebelum ia ditanya berkenaan; Umurnya (yakni masa-masa di sepanjang umurnya); bagaimana ia habiskannya?, Ilmunya; bagaimana ia amalkannya?, Hartanya; dari mana ia perolehi dan cara mana ia belanjakannya? Tubuh-badannya; bagaimana ia gunakannya? (Imam at-Tirmizi)

3 comments:

Anonymous said...

haha, ada je link blog ni kat blog sniri tapi bukak nya jarang2..

tgok adamaya plak yg lebih..kes kes kes

Suhaila said...

To Eica - Tau tak pe..kes kes kes

Safuan said...

Makcik Eica - adamaya? Cerita pasal apa tu? Ada link.