Selamat Hari Buruh

Tinggal beberapa minit lagi tirai 1 Mei 2010 akan berlabuh. Jika dihitung sehingga ke tahun ini, genaplah 5 tahun 'Abah' bekerja. 1 Mei merupakan hari besar kepada golongan bekerja bukan kerana dapat cuti, tetapi memperingati suatu peristiwa perjuangan golongan buruh dalam mendapatkan haknya.

Peristiwa hitam di Haymarket, Chicago, AS

Pada tanggal 1 Mei 1886, sebanyak 350,000 orang buruh melakukan mogok di beberapa tempat di AS yang ditaja oleh Persatuan Buruh Amerika. Mereka menuntut supaya diberi keadilan dari sudut jam bekerja kerana mereka dipaksa bekerja selama 15 jam sehari. Tuntutan mereka supaya bekerja sebanyak 8 jam adalah wajar dan berperikemanusiaan. Pada tanggal 3 Mei 1886, pemerintah mengirim sejumlah pegawai polis untuk meleraikan mogok pekerja di kilang fabrik di McCormick. Polis melepaskan beberapa tembakan dan menyebabkan empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera. Hal ini menimbulkan kemarahan di kalangan kaum buruh.

Kemuncak kepada kemarahan kaum buruh terjadi pada tanggal 4 Mei, berpusat di Haymart. Walaubagaimanapun, pihak keselamatan berjaya mengawal keadaan dengan aman. Namun tiba-tiba sebuah bom meledak di barisan pegawai keselamatan dan menyebabkan seorang terbunuh dan belasan orang cedera. Hal itu menyebabakn polis membalas dengan menembak para buruh yang masih bermogok dan menyebabkan ramai yang terkorban dan cedera.

Meskipun tidak jelas siapa yang meledakan bom, pemerintah melakukan tindakan keras kepada para aktivis buruh. Hampir semua tokoh buruh ditangkap. Proses pengadilan berjalan dengan berat sebelah. 8 orang pimpinan buruh dijatuhi hukuman gantung. August Spies, Albert Parsons, Adolph Fischer dan George Engel, terkorban di tali gantung.Hukuman untuk Michael Schwab, Samuel Fielden dan Oscar Nebe diganti menjadi hukuman penjara seumur hidup.

Masyarakat setempat berang atas hasil pengadilan tersebut. Mereka menuduh pengadilan AS berat sebelah dan korup serta memihak kepada pemerintah. Aksi mendesak pemerintah untuk membebaskan para aktivis buruh yang ditahan terus berlangsung. Akhirnya tahun 1893, 3 orang aktivis buruh tersebut dibebaskan. Tanggal 1 Mei sebagai momentum pergerakan perjuangan buruh pun akhirnya ditetapkan sebagai hari buruh dalam Kongres Buruh Sedunia di Paris tahun 1890. 1 Mei pun dikenali sebagai may day.

Daripada peristiwa tersebut, apa yang boleh lihat ketidakadilan yang berlaku ke atas golongan pekerja oleh penguasa. Mereka dikerjakan tanpa berperikemanusian dan bayaran yang diterima tidak setimpal dengan kerja yang mereka lakukan. Dalam Islam, Islam menghormati golongan bekerja dan menyeru supaya berlaku adil kepada mereka sepertimana sabda Rasulullah yang bermaksud:

"Bayarlah upah kepada pekerjamu sebelum kering peluhnya"

(Riwayat Ibnu Majah dan Tabrani)

4 comments:

Anonymous said...

wah ini bulih jadi ketua parti buruh niiiiii!!

HiLMaN said...

tapi sekarang konsep upah dibayar mengikut bulan. dan diterima pakai oleh semua pihak. hm...

joegrimjow said...

nak bertanding?
saya sokong!!

Suhaila said...

Baru ingat nak vote for liberal democrate party :D