Mother's Day Special

Dijemput semua wanita yang bergelar IBU, ISTERI dan juga yang masih 'SINGLE' untuk sama-sama memeriahkan sambutan HARI IBU di Sheffield seperti di bawah.

Daftarlah segera dengan emailkan NAMA ANDA & ANAK (jika ada) kepada saya di suiella_77@yahoo.com SEBELUM 17 MAC 2010.

Mari..Mari..Jangan ketinggalan :)

Sheffield Malaysian Games (SG) & Nasheed Extravagaza (NExt) 2010

Pada 27 Februari yang lalu telah berlangsung Sheffield Malaysian Games. Pada tahun ini terasa kemeriahan di Sheffield Games kerana aku bukan sahaja pergi sebagai pembeli tetapi juga turut serta membuka gerai jualan. Aku berkongsi gerai dengan Kak Zahrah/Abang Razlan dan Kak Yati/Abang Azizi. Gerai kami dinamakan GERAI SERBANEKA sesuai dengan beraneka barangan yang kami jual. Kak Zahrah/Abang Razlan menjual nasi tomato, nasi biryani dan nasi ayam. Kak Yati/Abang Azizi menjual keropok ikan, buahan, tudung kanak-kanak, kicap serta ubat gigi. Manakala aku dan suami menjual baju muslimah, kek tiramisu, puding koktail, mihun goreng, buahan, serta dadih dan keropok udang yang dibuat oleh Ayu dan Ruzaini. Alhamdulillah, banyak barangan kami yang terjual. Ini merupakan pengalaman kali pertama aku berniaga di gerai dan sangat menyeronokkan.

Kenangan berjual di gerai Sheffield Games

Pada keesokan harinya iaitu 28 Februari berlangsung pula program yang dinanti-nantikan iaitu Nasheed Extravaganza atau NExt 2010 yang merupakan acara pertandingan nasyid antara kumpulan daripada universiti seluruh UK dan Ireland. Pada tahun ini terdapat 7 kumpulan yang bertanding. Cuma aku tak berkesempatan menonton persembahan semua kumpulan kerana sibuk menjaga gerai baju yang aku buka di luar auditorium. Namun, aku berpeluang menyaksikan pesembahan artis jemputan iaitu Hazamin daripada Kumpulan InTeam. Agak mendukacitakan kerana ahli kumpulan InTeam yang lain tidak dapat bersama kerana masalah di imigresen UK. Walaubagaimanapun, kami berpeluang juga melihat mereka secara langsung melaui Skype. Suami aku pula diminta menjadi pengadil pada saat-saat akhir menggantikan ahli kumpulan InTeam yang lain. Ini merupakan satu pengalaman baru dan berharga buatnya.

Bersama Hazamin sewaktu beliau datang ke rumah kami

Penyampaian cenderamata pengadil NExt 2010

Akhir sekali, tahniah diucapkan kepada SMSA dan semua AJK yang telah menjayakan SG dan NExt 2010. Semua telah lakukan yang terbaik. Semoga segala pengalaman pahit manis yang diperolehi daripada penganjuran kali ini dapat dimanfaatkan untuk program-program akan datang.