Perdana Menteri Britain Baru

"Di hadapan No. 10, Downing Street"

Setelah hampir seminggu berlalu pilihanraya di Britain yang berkesudahan dengan tiada pemenangnya, akhirnya Parti Konservatif pimpinan David Cameron dan Parti Liberal Demokrat, hari ini mencapai persepakatan membentuk kerajaan campuran pertama di negara itu sejak 1945. Menurut sumber daripada No. 10 (macam Sri Perdana, Putrajaya), Nick Clegg akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan 4 lagi wakil daripada Parti Liberal Demokrat akan dilantik sebagai menteri dalam kerajaan baru.

Persetujuan antara dua parti itu dicapai lima hari selepas pilihan raya umum negara itu menyaksikan tiada sebarang pihak meraih majoriti, sekali gus menghentikan pemerintahan 13 tahun oleh parti berhaluan tengah kiri Parti Buruh pimpinan Tony Blair dan penggantinya Gordon Brown.

Walaupun ada beberapa perbezaan prinsip di antara kedua-dua parti, tetapi atas kepentingan negara, mereka terpaksa ketepikan bersama. Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh David Cameron mengenai pergabungan kedua-dua parti:

“This is going to be hard and difficult work. A coalition will throw up all sorts of challenges. But I believe together we can provide that strong and stable government that our country needs,”


sumber: Daily Times

4 comments:

HiLMaN said...

Senoga pemerintahan baru di UK memberi manfaat kepada masyarakat muslim insyaAllah

Anonymous said...

parti berhaluan tengah kiri tu mcm mna?

joegrimjow said...

soklan sama dengan eica

Safuan said...

'Pakcik Hilman' - Insyaallah. bukan U.K je, tapi seluruh dunia.

'Makcik Eica dan Pakcik Joe' - Parti yang bukan berhaluan tengah kanan. Saya pun keliru juga, ni kenyataan daripada Utusan Malaysia.