Alhamdulillah, akhirnya Uwais sudah boleh berjalan dengan sendiri sejak 4 Mei yang lalu iaitu pada usia 1 tahun setengah. Kami merasa bersyukur dan gembira kerana sebelum ini kami agak bimbang apabila Uwais lebih suka bergerak dengan cara melutut selama lebih kurang 2 bulan. Jadi selepas ini Uwais dapatlah bergerak dengan lebih aktif dan bermain bola sepak dengan abang Umar :)
Di bawah ni pula video yang dirakam semasa Uwais sudah pandai mengikut perbuatan dalam solat seperti bersujud. Alhamdulillah, Uwais memang suka ikut kami bersolat. Dia hanya duduk dan sujud masa ni sebab belum boleh berdiri sendiri dan berjalan lagi :)
5 comments:
wahhh dia dah capai tahap konfiden!haha!akhirnya!-opps excited plak,hehe.
uwais uwais..datang umah kak eica jalan kaki sniri pandai x?
keh keh keh..
x sabar nak jumpa dia jalan!
alhamdulillah..yeay=) hehehe..
abesla k su..lps ni makin bz la layan anak2..hehehe..
happy for u sis!=)
Syukur Alhamdulilah, Uwais dah boleh berjalan dan harap dapat berdikari. Proposal untuk adik kepada Uwais masih lagi pending.
Thanks to iman, eica and elly for all the comments :D
alhamdulillah..mmg skrg dah makin ligat kedua2nya..sama2 memanjat sana-sini..adik Uwais?? ermm balik Msia nnti la kot ;)
Post a Comment