Selamat Hari Lahir 'Atuk'


" 'Atuk Rashid' yang kami semua sayang akhirat dan dunia"

Hari ini, genaplah 'Atuk Rashid' berumur 61 tahun. 'Atuk Rashid' dilahirkan di Tumpat, Kelantan pada tahun 1949. Dibesarkan dalam keadaan keluarga yang sederhana yang mana 'Tok Ayah' bekerja dengan Keretapi Tanah Melayu. 'Atuk Rashid' adalah anak sulung daripada 3 adik beradik. Mendapat pendidikan sehingga ke Glasgow University dalam bidang kejuruteraan awam dan berkhidmat dengan Jabatan Kerja Raya setelah pulang sehinggalah pencen. Sebab itulah sewaktu 'Atuk Rashid' datang ke U.K tahun lepas, dia memang berhajat untuk melihat kembali university lamanya dan kami bersama-sama ke sana.

" 'Atuk Rashid' dihadapan Glasgow University"


'Abah' sungguh bertuah kerana dibesarkan oleh 'Atuk Rashid' yang memang seorang yang berdisplin tinggi. Masih ingat lagi sewaktu kami zaman kanak-kanak, 'Atuk Rashid' akan mengajar Al-Quran selepas waktu Maghrib. 'Abah' masa tu merangkak-rangkak baca dan selalu kena marah dengan 'Atuk'. 'Atuk' selalu bawa kami pergi solat berjemaah di masjid dan ke kuliah-kuliah samada Subuh ataupun Maghrib. Kalau tidak solat di masjid, maka kami solat berjemaah di rumah dan selepas solat, 'Atuk' akan baca hadith daripada kitab Riyadus Saleheen atau Bulughul Maram. Sekarang 'Atuk' sudah pencen. Kebiasaannya rutin hariannya bermula seawal 5 pagi, solat Subuh berjemaah di Masjid dan lepas itu baca Al-Quran. Tu yang 'Abah' kagum sangat-sangat dengan 'Atuk'. Kalau tiada sebarang mesyuarat, 'Atuk' akan duduk di rumah. Mujur 'Nenek' dah pencen dan jadi peneman 'Atuk' sekarang. Ke hulu ke hilir 'Atuk' akan bawa 'Nenek'. Semoga berkekalan sehingga ke syurga.

Harapan 'Abah', selagi nyawa 'Abah' dikandung badan, 'Abah' akan senantiasa berdoa semoga 'Atuk' dilindungi dibawah rahmatNYA. Kadang-kala, 'Abah' terfikir, kenapalah 'Abah' tak duduk kat K.L dan berbakti kepada mereka. Insyaallah, walaupun berjauhan geografi, setiap minggu 'Abah' akan cuba bertanya khabar mereka berdua. Akhir kalam, Selamat Hari Lahir 'Atuk Rashid' yang kami di sini sayangi.


"Segak bukan 'Atuk' "

" Hobi 'Atuk' adalah memasak, sebab itu 'Abah' pandai masak"

"Hadiah dari Umar untuk 'Atuk' "

" Uwais pun ada hadiah untuk 'Atuk' "



5 comments:

Hacked by w3d0z said...

happy birthday to atuk hehe..

comel jer umar ni..smpt lagi die kenekan ibu die ek=p

cutela die xde gigi..hehe

Suhaila said...

Thanks for the birthday wish Elly -b/p Atuk :)

Tu la..saje je Umar tu nak kenakan akak hehe..

Anonymous said...

kah kah kah umar!!!
x ada gigi!!!!

Suhaila said...

To Eica - kuikuikui :)

~Kupu Kupu Solehah~ said...

Umar, ceksu cubit nantiiii =)