Sekadar nak kongsi pengalaman aku memandu kereta di Malaysia dan di UK. Ada beberapa perkara yang kukira menarik perhatian aku sepanjang memandu di UK ni. Yang paling ketara ialah sikap mereka yang sangat bertoleransi dan bertimbang rasa. Setiap hari bila aku nak hantar dan balik dari nurseri Umar aku kena melintas jalan besar. Biasanya aku tak perlu tunggu lama untuk melintas masuk ke jalan tersebut sebab ada saje kereta yang akan berhenti dan bagi laluan walaupun mereka di jalan utama dan kesesakan sedang berlaku. Dengan sikap mereka sebeginilah pergerakan kenderaan akan lancar walaupun tengah sesak apabila orang ramai balik kerja. Apabila aku sendiri dah biasa dengan sistem yang sebegini, maka aku pun akan jadi senang hati untuk bagi laluan kepada orang lain juga.
Berbeza sewaktu aku memandu di Malaysia dulu. Biasanya kalau waktu jalan sesak sebab orang balik kerja perlu ada polis untuk kawal trafik sebab orang semua nak cepat dan jarang nak jumpa yang akan bagi jalan pada orang lain. Oleh kerana kebiasaan yang begini kita pun akan cenderung untuk mementingkan diri dan berusaha untuk mencari ruang untuk diri sendiri sahaja. Kesimpulannya, ini adalah salah satu contoh sikap baik orang di UK ni yang boleh kita orang Malaysia contohi :)
4 comments:
true. the environment could change us.driver kat sini sangat bertoleransi.
To Iman - Betul3x
su percayalah..kak su balik msia hari tu tak berani nak drive sbb takut tengok org msia bawak keta. After 3 weeks kat msia..baru try drive ...mak oii..kak su rasa kak su lah org paling bersopan-perasan! ( macam kura-kura ) kat jalan tu .Org lain bagi jalan? jangan harappppppp....kak su nak melintas jalan kaki pun tak der saper nak stop kereta ( dalam hati..tak nampak ker aku ni sedanag sarat + pegang anak sorang nak melintas..).How to change Mlaysian mentallity?
To Kak Suria - Memang biasa dgr org duk UK bila balik Msia payah nak paraktikkan sikap mcm pemandu kat sini. Nak buat perubahan ni pastinya perlukan masa yang lama kan. Macam org kat sini byk attitude yang baik diterapkan dari generasi ke generasi bermula dari keluarga dan pendidikan. Kalau kita nak buat perubahan di Msia pun perlu kerjasama semua pihak daripada pemimpin penguatkuasa sampai la ibu bapa. Tulis je senang, tapi nak mulakan yang payah tu..
Post a Comment