'Hung Parliament'

Keputusan Piliharaya U.K hari ini menunjukkan tiada parti yang menang secara majoriti. Ia boleh diistilahkan sebagai 'Hung Parliament' kerana tiada mana parti pun menang secara mudah. Oleh demikian, berdasarkan perlembagaan, Mr Gordon Brown adalah Perdana Menteri lagi dalam tempoh yang singkat sehingga dia dapat kemenangan mutlak dengan membentuk pakatan bersama dengan parti-parti lain. Walaubagaimanapun, dari sudut politiknya, parti Conservative mendahului berbanding parti-parti lain dan sudah tentulah Mr Cameron yang hanya perlu 20 lagi kerusi untuk menjadi kerajaan akan mencari rakan untuk berpakat. Dari sudut matematiknya, mustahil bagi Labour untuk memerintah kembali walaupun bergabung dengan Lib. Democrat melainkan parti-parti kecil yang lain berpakat bersama. Ini menunjukkan walaupun Labour dan Conservative menang besar, tapi parti-parti lain 'lebih kuat' bagi menentukan kerajaan campuran. 'Hung Parliament' adalah situasi yang tidak stabil dan bila-bila masa sahaja pilihanraya balik akan berlaku jika tiada pakatan yang akan berlaku oleh mana-mana parti. Ia pernah berlaku pada tahun 1974 dan terpaksa diadakan pilihanraya balik bagi mendapat kerajaan yang sah.


'Keputusan sehingga 649 kerusi daripada 650'

sumber http://news.bbc.co.uk/1/shared/election2010/results/

2 comments:

HiLMaN said...

Lebih 90 orang calon Muslim bertanding pada pilihanraya kali ini mewakili Pelbagai Parti. Moga-moga Islamophopbia harap dihapuskan sepenuhnya di kalangan masyarakat di dunia khususnya di Eropah.

Tengok berita ni. http://www.muslimnews.co.uk/index/press.php?pr=273

menarik =)

Suhaila said...

Patut la..Mase mengundi aritu surprise jugak bila tgk ade 2 calon muslim dari parti Lab & Lib Dem..Satu perkembangan yang baik :)