Hari Ulangtahun Perkahwinan Ke-3

Alhamdulillah, dah 3 tahun usia perkahwinan kami. Cepat sungguh rasanya masa berlalu. Rasanya macam baru je melalui saat2 ketika kami diijabkabulkan sebagai suami isteri. Hatiku rasa syahdu, gembira dan macam2 lagi apabila menatap kembali gambar2 ketika majlis akad nikah dan kenduri kahwin kami.

Untuk sambutan ulangtahuan ke-3 ni, aku ade buat kek coklat. Ingat nak try buat kek keju pulak. Abang suka sangat kek keju. Tapi xjadi coz aku tak jumpa cream cheese untuk buat kek tu kat Asda dan Tesco. Pastu plan nak pi makan kat Kebabish pun terpaksa ditangguhkan sebab abang kebetulan ade meeting AJK PMPMS pulak arini. Abang bgtau, dia nak bagi hadiah percutian ke Carboot Sales dan rumah kawan di Loughborough hujung minggu ni. Ok la tu. Merasa jugak aku nak pi Carboot Sales yang dah lama aku idam2kan hehe.

Semoga ikatan cinta dan kasih antara kami suami isteri sentiasa dalam redha Allah dan berkekalan hingga ke SyurgaNya, serta dikurniakan kami dengan zuriat yang soleh dan solehah, ameen.

Kek Ulangtahun Perkahwinan Safuan dan Suhaila


Kasihmu Amanahku (In-Team)

Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara

Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi

Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya



"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." (Ar-Ruum: 21)

7 comments:

Akak said...

Salam Suhaila...

Selamat menyambut Ulangtahun perkahwinan yg ke3

Akak doakan semuga rumahtangga kekal hingga kehujung nyawa, semuga kebahagiaan sentiasa menjadi mili Suhaila & suami dan semuga sentiasa dirahmati, diredhai & sentiasa mendapat keampunan Allah SWT hendaknya..

Baby dlm kandungan mcm mana?

Diharap ucapan nie tak lah terlambat sangat yea..

hakima said...

salam, kak...hii...maap tlmbt..

happy anniversary...3rd..salam buat abg safuan n umar ea!!

Unknown said...

salam perkenalan suhaila.. selamat menyambu ulangtahun perkahwinan ke-3

from mastura (isteri harris - kawan safuan)

Suhaila said...

Salam,

Terima kasih untuk ingatan, ucapan dan doa kalian semua :)

Akak, baby alhamdulilah sihat :)

Mastura, salam perkenalan juga dari saya :)

Maria Maarof said...

Congratulations!
Moga Allah eratkan kasih sayang antara kalian berdua ;)!

Norizah said...

Selamat Ulang Tahun perkahwinan..Semoga berbahagia selalu;)

Suhaila said...

Thanks a lot Has and Ijah :)