Hari Konvokesyen Ijazah Sarjana


Alhamdulillah, hari ini 16 Ogos merupakan satu lagi tarikh bersejarah dalam perjalanan hidupku. Pada hari ini aku layak menerima Ijazah Sarjana Sains (Kimia) dalam Majlis Konvokesyen yang diadakan di UTM Skudai. Walaupun aku rasa agak sedih kerana tak dapat pulang ke M'sia dan memakai jubah konvo sarjana, tetapi aku bersyukur kerana akhirnya setelah sekian lama aku dapat konvo juga. Aku ingin merakamkan jutaan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada mereka semua yang telah banyak membantu dalam usaha untuk aku menyiapkan pengajian sarjanaku terutamanya suamiku yang tercinta, keluargaku dan keluarga mertuaku, sahabat2ku, penyelia projek sarjanaku, pensyarah2 dan semua mereka yang telah memberi sumbangan secara langsung atau tidak langsung. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Kak Wan Khadijah yang telah membantu dalam urusan borang2 konvo serta pengambilan sijil dan transkrip sarjana aku di UTM.

Walaupun aku merasa agak ketinggalan berbanding rakan2 seperjuanganku yang kini telah melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD, insyaAllah cita-citaku untuk turut jejak langkah mereka masih belum padam. Dengan dorongan daripada suamiku, insyaAllah aku sedang berusaha untuk mencari ruang dan peluang untuk melanjutkan pelajaran. Harap semua doakan agar perjalananku seterusnya dipermudahkan Allah :)

"Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan."

2 comments:

zahrah said...

salam...

su!!congrates!!!hu..hu...sedihnyer tak dpt konvo...baru pagi td la ekk??majlis konvokesyennyer..alhamdulillah ape2 pun dah settle.akak dulu pun masa dtg x sempat konvo gak...hi...hi...
ok rezeki anak tuh!!

Suhaila said...

Salam, thanks for the wish Kak Zahrah..mmg sedih jugak xdapat balik konvo..tp alhamdulillah dpt degree jugak :)