Sebelum dtg ke UK dulu, pernah seorang kakak bgtau aku yang kat UK ni org mesti nak beli pinggan mangkuk berjenama untuk bawa balik M'sia. Masa tu aku tak rasa pun nak membeli sama sebab memang bukan minat aku. Tapi sejak datang sini memang betul la, kawan2 sibuk duk citer tntg jenama pinggan mangkuk yang famous. Maka aku pun mula la dgr nama2 seperti Royal Albert, Queen Anne, Churchill, Corelle dan mcm2 lg. Dikatakan harga pinggan mangkuk berjenama ni kalau nak beli kat M'sia harganya ratusan dan boleh cecah ribu RM jugak. Salah satu tempat yg famous jual jenama Corelle dan Queen Anne ialah di kedai Dadibhais, Bradford. Dipendekkan citer, last weekend kami sekeluarga telah mengikut tom2 kami (Abg Z and family) pi ke Bradford. Masa kat sana aku ade beli sikit je pinggan mangkuk jenama Corelle. Jenama Queen Anne memang xmampu nak beli. Yang lain aku byk membeli barang2 plastik je. Macam la kat Sheffield ni xde. Aku fikir nak beli pinggan berjenama sikit ni pun sebab ketahanannya. So harapnya boleh la guna lama sikit and bawa balik M'sia. Kalau pinggan mangkuk yg aku guna sekarang ni made in China and xde jenama. Anak aku Umar dah pecahkan beberapa bijik dah. Jatuh sikit terus belah dua. Masa di Bradford tu kami sempat singgah makan tgh kat Bowling Park di sana. Seronok jugak, anak aku dpt main2 buaian dan berlari kat padang rumput yang luas. Sambil membeli sambil bersiar-siar menikmati alam yang indah ciptaan Ilahi :)
Di Bowling Park, Bradford
"Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat)." (Al-'Ankabuut: 64)
4 comments:
suhaila, ni huda (math), nak tanya, satu set corelle tu dlm berapa pound kt bradford tu, tak sangka kat uk pun ada, biasa kat us je corelle murah..lama lg ke kt sheffield?
Salam,
Huda, masa su beli satu set 18 pieces harga £30.00. Sekarang su tengok dah naik jadi lebih £40 per set.
Su insyaAllah 2011 baru balik Msia. Huda lama lagi ke kat Kent? Jemput la mai rumah Su di sheffield :)
salam...
boleh x saya nak tahu alamat kedai corelle kat bradford ni? saya pon teringin nak beli satu untuk family...
Najwa, ni alamat kedai yang jual Corelle di Bradford:
DADIBHAIS (BRADFORD) LTD
19-37 Joseph Street
Bradford
West Yorkshire
England
UK
BD3 9HR
Tel: +44 1274 393119
Post a Comment