Alhamdulillah kami baru ade rezeki untuk beli kereta setelah hampir 9 bulan duk di UK ni. Kami beli kereta 2nd hand jenama Renault Megane E Scenic Auto dgn harga £550. Biasalah kereta murah byk gak kena tampal sana sini. Tapi ok la, setakat nak pakai 2-3 tahun sementara di UK ni. Asalkan boleh bergerak. Kereta 2nd hand kat UK ni memang murah. Kalau convert to RM pun masih murah gak. Cumanya harga insuran dan road tax boleh tahan jugak tingginya. Alhamdulillah lesen m'sia kami masih valid. Kalau tak jenuh gak nak bayar kos ambik lesen UK lagi. Kami beli kereta ni pun coz aku dah pregnant. So, mudah nak bergerak pi hospital dll. Aku pun dah makin sarat dan cepat penat bila jalan jauh2. Kalau dulu dengan anak sorg larat lagi la tolak stroller dan jalan kaki je. InsyaAllah dengan adanya kereta ni jugak kami harap tak la melalaikan kami dgn harta dan kesenangan dunia semata-mata. Dan sememangnya dengan harta pinjaman Allah yang sementara ini seharusnya digunakan untuk membantu menegakkan syiar agamaNya di muka bumi ini. InsyaAllah itulah yang akan kami lakukan..
"Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan." (Al-Kahf: 46)
3 comments:
Amboi ,
kaye sikalang maa
=]
Ape kate support adik irah pegi uk
Alhamdulillah, dah mudah utk bergerak. Jom! Datang Cardiff. Hehe..
Mmg sangat murah kete kat sini. Boleh beli cash jer. Kat mesia, anak 3 pun tak abis bayar kete lagi. Huhu..
Eh, lesen Mesia valid setahun, je tau! So, dalam masa setahun masih kena wat lesen baru. Peraturan baru. Sudah tukar ma..
Adik Irah, mana ade kaya lg sikalang maa..sudah byk abis duit..kalu mau support kena tanya itu abewe dulu la :)
Has, insyaAllah kami akan sampai ke Cardiff nnti..tp naik train je..tak larat jalan jauh naik kete coz saya mabuk..saya tau yg lesen m'sia valid 1 thn je..tp lum ade budget nak amik lesen skrg..insyaAllah akan dtg :)
Post a Comment