Minggu Ke-21 Usia Kandunganku

Pada minggu ke-21, kita akan mengalami banyak perubahan sementara bayi dalam kandungan pula membesar dengan perlahan. Jadi penjagaan kesihatan agar senantiasa sihat dan bertenaga amat penting. Kita perlu elakkan daripada melakukan kerja-kerja berat yang boleh membebankan bahagian belakang. Malah kita perlu mengelakkan dari memakai kasut bertumit tinggi.

Alhamdulillah, kini bertambah seminggu lagi usia kandunganku. Sekarang aku sudah memasuki trimester kedua fasa kandungan. Sekarang ni aku banyakkan membaca surah Luqman selain surah Yusuf dan At-taubah. Mudahan anakku yang lahir nanti akan menjadi seorang yang cerdik dan bijak. Selera makan aku pun semakin baik dan bertambah sekarang. Kadang2 aku rasa lebih berselera nak makan makanan yang org lain masak. Rasa dah boring makan masakan sendiri. Kalau kat M'sia boleh jugak beli kat luar sekali sekala. Tapi kat UK ni harap nak rasa masakan org lain masa ade jamuan atau program je la. Kalau ikut hati, teringin nak pi carboot. Mmg favourite aku la kalau bershopping ni. Tapi oleh kerana keadaan aku skrg yg kena byk rest, terpaksalah batalkan je niat aku tu. Ntah bila la dpt pegi.

"Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya." (Luqman: 34)

2 comments:

Aryati Bakri said...

sue, jemputlah datang umah. Kalau nak rasa masakan akak yang tek berapa sedap..dan selalu tak jadi...hehehhehe

kak yati

Suhaila said...

Pucuk dicita ulam mendatang hehehe..Terima kasih atas jemputan. InsyaAllah kami akan pi rumah akak nanti :)