

Alhamdulillah telah masuk minggu ke-20 (lebih kurang 5 bulan) usia kandungan aku sekarang. Bermakna hanya tinggal separuh lagi tempoh mengandung yg akan aku lalui insyaAllah. Keputusan ujian darah aku tiada masalah, cuma aku kekurangan sedikit zat besi (Hb = 10.8). Jadi aku telah diberi tablet zat besi untuk dimakan sebiji setiap hari.
Hari ini aku telah menjalani imbasan ultrasound major untuk kandungan aku. Seronoknya, masa ujian imbasan aku dpt lihat anak di dalam rahimku. Sonographer telah membuat imbasan yang terperinci untuk melihat perkembangan anakku dari kepala sampai hujung kaki dan dari luar sehingga organ dalamannya. Alhamdulillah hasil ujian imbasan menunjukkan yang perkembangan anak dalam kandungan aku ok dan normal. Dan yang paling aku tunggu2 nak tau ialah jantina anak aku. Dari ujian imbasan 95% berkemungkinan anak aku adalah LELAKI. Nampaknya umar akan dapat kawan untuk bermain bola nanti.
Cuma daripada hasil ujian imbasan juga didapati uri aku berada di bahagian bawah dan menutup laluan bersalin. Jadi aku kena menjalani ujian imbasan sekali lagi pada minggu ke-32 untuk melihat sama ada uri aku telah berubah kedudukannya. Jika tidak, ujian imbasan akan dilakukan lagi sekali pada minggu ke-36. Aku berharap dan berdoa agar segalanya berjalan lancar dan uri aku akan beralih kedudukannya kerana jika tidak berubah sampai waktu bersalin aku perlu mejalani pembedahan.
Satu lagi perkara yang agak merisaukan aku skrg ialah kedudukan uri di bawah akan menyebabkan mudah berlaku pendarahan. Sememangnya aku ada mengalami sedikit pengeluaran sisa darah sebelum ini terutamanya apabila aku sangat letih. Sebelum ini aku fikir ianya agak normal kerana aku pernah mengalami perkara yang sama semasa mengandungkan Umar dulu. Tapi bila aku tau tntg kedudukan uri aku skrg ni, aku agak risau kalau2 keluar darah yang betul. Harapnya perkara tersebut takkan berlaku. Jadi skrg ni aku perlu lebih byk berehat dan kurangkan berjalan2. Semoga segalanya berjalan lancar sehingga aku selamat melahirkan anakku pada masa yang sepatutnya nanti. Mohon sahabat2 tolong doakan kesihatan dan keselamatan aku serta anakku jugak ye.
"Allah mengetahui akan apa yang dikandung oleh tiap-tiap ibu, dan mengetahui apa yang kurang dari yang dikandung dalam rahim itu atau yang lebih. Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisiNya dengan kadar yang tertentu." (Ar-Ra'd: 8)
2 comments:
Kak su...take care...
Thanks kupu-kupu solehah ;)
Post a Comment