Selepas lebih seminggu Umar kena chickenpox, Uwais pula menunjukkan tanda-tanda ruam chicken pox sejak awal minggu ini diikuti dengan panas badan. Nampaknya chickenpox Uwais lebih serius berbanding abangnya Umar. Dalam tempoh 5 hari ruam chicken pox semakin banyak muncul di seluruh badan Uwais disertai dengan panas badan yang adakala sangat tinggi sehingga mencecah 40 darjah celsius walaupun dah diberi paracetamol dan ibuprofen. Suhu badannya turun sebentar sahaja. Uwais juga tak lalu makan dan minum mungkin kerana ruam yang turut muncul dalam mulutnya. Dia hanya menyusu badan sahaja. Kesian anakku Uwais.
Kami sangat bimbang sehingga menghubungi bahagian Accident & Emergency Sheffield Children Hospital dan juga General Practitioner (GP). Tujuan kami adalah untuk bertanya sama ada kami boleh bawa Uwais berjumpa doktor kerana kalau kami keluar dibimbangi akan berjangkit kepada orang lain. Akhirnya mereka cuma beri nasihat supaya memantau suhu badan Uwais dengan buat apa yang patut seperti tanggalkan baju dan buka kipas. Uwasi memang tak berbaju dan seluar sejak 5 hari yang lepas untuk keluarkan haba di badanya. Kami juga dah sapukan Calamine Lotion untuk kurangan gatal-gatal ruam.
Alhamdulillah pada hari ini Uwais sudah mula turun suhu badannya lebih lama dan sudah mula pakai baju dengan kipas yang masih berpasang. Dia juga sudah mula ada selera makan. Diharap Uwais akan cepat sembuh walaupun bekas ruam di badannya kelihatan akan mengambil masa yang lama untuk hilang.
Semasa suhu badan dah turun Uwais sempat lagi bergaya depan kamera
4 comments:
Owh. Semoga Uwais cepat sembuh. Kesian gak tgk budak2 kecik kena chickenpox.
Mudah-mudahan. Terima kasih pak cik Uncle :)
kesian uwais. dlu kene chicken pox time umur 5 taun. sakit giler time tu.
semoga uwais dan umar cpt sembuh.
Thanks pak cik Zakwan. Alhamdulillah Umar dan Uwais dah sembuh dari chickenpox. Harapnye diorg dah dpt antibodi dan tak kena lg pasni.
Post a Comment