BBQ Di Musim Panas

BBQ siri 1 kariah City Centre diadakan di Ponderosa Park, Upperthorpe pada 11 April 2010 (Sabtu) jam 4.00 petang. Program berbentuk makan-makan yang santai sambil merapatkan ukhuwwah :)

" Ayam yang sudah bersedia untuk di jamu"

" Sebahagian hadirin yang datang, nampak tak 'Ibu' dengan Uwais "

" Umar tak sabar menanti ayam 'Pakcik Zaini' "


BBQ siri 2 kariah City Centre & Firth Park diadakan di kawasan tasik di Rothey Valley Country Park pada 22 Mei 2010 (Sabtu) bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Keadaan cuaca yang sangat panas tidak menghalang kami. Di samping acara makan-makan makanan yang sangat banyak, terdapat acara sukaneka yang diadakan untuk anak-anak dan juga ibu bapa. Umar sertai acara kupas dan makan buah limau serta memungut gula-gula.


" Abah yang bersemangat tolong Umar pungut gula-gula"

Untuk acara ibu-ibu pula ada kejutan yang tidak disangka apabila baju melayu dan kain pelikat yang pada mulanya disangka kena bawa untuk bapa-bapa bersolat, rupanya ibu-ibu yang kena pakai :). Lepas dah kena pakai kain dan baju melayu, kena bawa buah anggur dalam sudu dan tiup tepung untuk ambil duit. Walaupun muka masing-masing penuh tepung masih sempat bergaya di depan kamera :)

" Sebelum"

" Selepas"

" Uwais yang seronok dapat gula-gula abang Umar"

"Sekeluarga di tepi tasik"


" Warga kariah City Centre-Firth Park yang hadir ber BBQ"

No comments: