Selamat Hari Lahir Sayangku

'Ibu' dan adik Uwais

Dikesempatan ini, 'Abah' nak ucapkan selamat hari lahir yang ke-29 buat 'Ibu' yang 'Abah' sayangi. 'Ibu' lah pelengkap hidup 'Abah' di muka bumi ini dan mudah-mudah bertemu di syurga kelak. Walaupun hampir 5 tahun mengenali 'Ibu', banyak yang 'Abah' pelajari daripada 'Ibu'. 'Ibu' seorang yang teliti dan senantiasa kemas. Rumah senantiasa kemas dan cantik walaupun 'Ibu' sibuk melayan kerenah 2 orang bakal pejuang. 'Ibu' yang sentiasa ramah menyebabkan mudah untuk didekati oleh teman-teman. Semoga 'Ibu' senantiasa ceria dan berada di bawah rahmatNYA hingga ke akhir hayat. Manfaatkan masa muda sebelum tiba masa tua kelak sepertimana sabda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam yang bermaksud:

“Rebutlah lima keadaan sebelum datang lima keadaan yang lain, iaitu keadaan muda sebelum kedatangan waktu tuamu, keadaan sihatmu sebelum kedatangan waktu sakitmu, keadaan kaya (berada) sebelum ketibaan keadaan fakirmu, keadaan lapangmu sebelum kedatangan waktu sibukmu dan masa hidupmu sebelum tibanya kematianmu.” [Diriwayatkan oleh al-Imam al-Hakim daripada Ibnu Abbas radiallahuanhu]

Semoga usiamu diberkati olehNYA.

Hadiah istimewa Kamera Digital NIKON baru daripada 'Abah' untuk 'Ibu' yang suka bergambar dan mengambil gambar

Hadiah istimewa coklat Cadbury Milk Tray daripada 'Abah'

Kad ucapan istimewa untuk 'Ibu' daripada 'Abah', Umar & Uwais
Kek istimewa daripada kawan-kawan 'Ibu'

7 comments:

Anonymous said...

hahah tajuk killer!

selamat hari lahir akak..moga bahagia hingga ke syurga =D

Suhaila said...

To Abang Sayang - Jutaan terima kasih untuk ucapan, hadiah dan juga kad yang istimewa. Su sangat-sangat hargainya. Menjadikan hari lahir Su tahun ini sangat istimewa. I Love u forever :)

To Eica - Thanks for the birthday wish :)

Hacked by w3d0z said...

sweetnye abg safuan!=) hehehe..
jdk husband mithali ni..
ni msti tarbiah bm yg berjaya ni=)

happy bday k su!=)

anon suria said...

Suhaila happy besday..! nampaknya baby kak su tak dapat sama tarikh ngan su. Moga dapat menikmati saat manis akhir 20-an.

Suhaila pergh..best nyer hadiah nikon cool pix tu. pinjam boleh..? hantar kat jessop nanti..he he.
( ni kena suruh safuan ajar kat saari peturun ilmu - nak digital compact jugak..!)

Suhaila said...

To Elly - Terima kasih =)

To Kak Suria - Tak pe la tak same birthday, asalkan akak selamat bersalin..insyaAllah same bulan Julai jg. Actually hadiah digi cam baru ni Su request sebab dah give up dgn kualiti gambar camera lama. Nak beli DSLR rasa xmampu dan leceh nak bawa. Cik abang Su bukan minat gambar2 ni. Nanti Su yang kena usung merata dgn anak2 lagi. Minta la abg Saari belikan satu. Senang Kak Su nak bawa dengan anak-anak lagi nanti. Murah je kat jessop. Tengah ade offer skrg ni :D

Nadiah A Rashid said...

Wah jelesssnyee !!!!
Bewe...nak jugakkk :)hehehe...

Teringat cheese kek kaksu buat untuk besdey cikyah...nnti balik malaysia insyaALLAH boleh buat lg deh ....

Suhaila said...

InsyaAllah nanti kita boleh buat lagi cheesecake tu kat Msia :)