Alhamdulilah, pada 5 Jun 2010, genap la Umar 4 tahun. 'Abah' dan 'Ibu' telah mengadakan satu majlis kesyukuran pada hari Jumaat malam. Majlis kesyukuran tersebut dibuat bersama dengan Ainul disebabkan hari lahirnya pada 7 Jun 2010 genap 3 tahun. Majlis dibuat kecil-kecilan kerana kekangan ruang rumah dan masa. Harapan 'Abah' dan 'Ibu' semoga Umar membesar menjadi anak yang soleh dan berguna kepada Agama, bangsa dan negara. Teringat 'Abah' daripada petikan Sabda Rasulullah mengenai kelebihan anak soleh yang bermaksud:
“Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan 3 perkara ; Sedekah Jariah, atau Ilmu yang memunafaatkannya, atau Anak soleh yang mendo’akan keatasnya”
[Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmudzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari].
5 comments:
Happy Birthday Umar! Bestnya ada kenduri! Semoga Umar dan keluarga dilindungi Allah swt sentiasa.
Selamat Hari Jadi Umar...semoga menjadi anak Soleh, Insya Allah...:-D
To Farah - Amiin..Thanks for the wish and doa. Sorry tak jemput Farah sekali sebab kami buat kecilan je :)
To Kak Fadzlina - Amiin..Thanks for the wish and doa kak :)
sambut dengan ainul ke? =)
Aisyh,jgn ditunangkan masa kecil2 udah le..hikhik, gurau je ;)
To Adik Irah - Sambut besday bersama je sebab kebetulan besday depa dekat-dekat ^_^
Post a Comment