Semua sedia maklum mengenai insiden yang berlaku ke atas kapal Mavi Marmara dalam misi kemanusian Freedom Flotilla. Konvoi ini yang diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH) telah diserang oleh Komando Isreal dan mengakibatkan kematian mencecah 20 orang dan 30 lagi mengalami cedera parah. Kebanyakan yang terkorban adalah daripada Turki.
Konvoi kemanusian tersebut mematuhi dan berpandukan kepada Resolusi 1860(2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang berkaitan. Antara kandungan Resolusi 1860 adalah:
a) menyeru kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Gaza termasuk
makanan, minyak dan kemudahan perubatan,
b) menggalakkan usaha-usaha membuka laluan dan mekanisma lain bagi tujuan
menyampaikan bantuan kemanusiaan yang berterusan,
c) menyeru semua negara untuk menyokong usaha-usaha di peringkat
antarabangsa bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan dan ekonomi di Gaza, dan
d) mengecam semua bentuk keganasan dan serangan terhadap masyarakat awam
dan semua bentuk terorisma.
Konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun, Edward Peck, mantan Duta Amerika Syarikat. Kapal tersebut telah disemak dengan terperinci sebelum berlepas dari negara asal dan sudah pasti tidak membawa sebarang bentuk senjata.
Menurut Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, setiap kapal yang berlepas telah diperiksa dan mematuhi peraturan maritim antarabangsa dan hanya membawa peralatan kemanusian ke Gaza. Walaubagaimanapun, Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak yang menyatakan bahawa komando-komando Isreal diserang oleh penumpang-penumpang kapal dan menyebabkan mereka tercedera dan bertindak membalas untuk mempertahankan diri. Sedangkan kapal tersebut tidak menceroboh perairan Isreal dan berada di dalam perairan antarabangsa.
Oleh itu, marilah kita bersama-sama berdoa agar semua aktivis konvoi tersebut selamat dan semoga kita terus istiqamah dalam memberi sumbangan ke atas pembebasan Gaza dan rakyat Palestin daripada cengkaman Israel samada dalam bentuk tenaga, masa, kewangan dan paling penting doa. Semoga Allah memberi kekuatan bersama sepertimana kata-kata daripada Syeikh Yusuf Qardawi:
"Menyokong penduduk Palestin di Gaza adalah satu kewajipan agama pada setiap individu Islam dan tiada siapa terkecuali daripada tugas tersebut. "
Untuk mengikuti perkembangan terkini, sila layari http://www.livestream.com/insaniyardim/
2 comments:
NATO dah semak
yg depa tak caya tu nape?
nampak sangat hina PBB
PBB bleh duk rilek2 je
mana PBB duk rileks, PBB buat tak tahu je. Tu pun keje gak.
Post a Comment