Resepi Kek Coklat Tiramisu

Seperti yang telah dijanjikan, aku nak berkongsi resepi kek coklat tiramisu yang pernah aku buat masa sambutan hari lahir aku dan juga masa jamuan sempena graduasi adik-adik tahun akhir di Sheffield baru-baru ni.

Kek coklat tiramisu

Bahagian 1 - Kek Coklat

Resepi untuk bahagian kek coklat ni aku dapat daripada Kak Suria. Resepi ni mudah dan keknya pun sedap dan lembap.

Bahan-Bahan:

Telur -3 biji
Tepung naik sendiri -2 cawan
Gula pasir - 2 cawan
Serbuk koko - 3/4 cawan
Minyak masak/jagung -1 cawan
Susu
segar - 1 cawan
Air masak mendidih - 1 cawan
Serbuk penaik - 1/2 sudu teh
Sodium bikarbonat - 1/2 sudu teh
Secubit garam
Sedikit perasa vanila

Cara membuat:

1. Pukul - Telur + Minyak + Susu + garam ( pukul ni sekadar rata dan kembang, bukan sampai jadi buih)
2.Masukkan tepung + Sodium bikarbonat + serbuk penaik + serbuk koko + gula pasir + perasa vanila.
3.Gaul guna sudip kayu. Kaup balikkan sahaja. Jangan pusing-pusing. Kaup sehingga rata.
4.Masukkan air panas mendidih (betul- betul mendidih supaya gula akan larut)-adunan memang cair.
5. Bakar pada suhu 180-200 (lebih kurang 1 jam sehingga masak). Untuk senang, letakkan kertas minyak pada dasar loyang. Lebih mudah kek dikeluarkan.

Bahagian 2 - Topping Tiramisu

Resepi untuk bahagian tiramisu ni aku dapat daripada web resepi Hanieliza.

Bahan-bahan:

250 gm keju cream [philadelphia]
150 ml yogurt asli (boleh gantikan dengan whipping cream bagi yang tak suka rasa masam)
1/2 cawan gula
serbuk nescafe

Cara membuat:

1. Pukul keju dan gula sehingga gebu
2. Masukkan yogurt/whipping cream dan pukul lagi sehingga rata
3. Sapukan adunan dibahagian atas kek coklat
5. Ayakkan serbuk nescafe di atas permukaan kek tadi dan hiaskan mengikut citarasa anda
7. Sejukkan beberapa jam sebelum dihidangkan.



Selamat mencuba!

11 comments:

Hacked by w3d0z said...

yum2 mmg sedap=)

tq k su..heeeeeee!!

Suhaila said...

u are welcome elly =)

Unknown said...

waaah..nak try lah..mcm senang je buat tuh :p

Maria Maarof said...

Thanks, Sue!
Ha.. ni la namanya chemist. Masak pun pakai campur2 resepi. Sama la saya. Ngehehe...

Chemist.. dulu, kini, selamanya :D

Suhaila said...

To Hafis & Wani,

Try jangan tak try =)

To Has,

Tak dpt buat eksperimen kat lab..buat eksperimen kat dapur la plak..hehe..chemist forever =)

Unknown said...

serbuk penaik tu mean 'yeast' ke tepung naik sendri?

Suhaila said...

Serbuk penaik dalam resepi ni ialah baking powder/yeast..bukan tepung naik sendiri

Unknown said...

cake yang sy buat jadi mcm kek sarang semut pulak..

Suhaila said...

salam..

Guess Who..nape jd kek sarang semut plak ye?

saya dah revised resepi ni, boleh guna tepung naik sendiri instead of tepung gandum..so kena kurgkn serbuk penaik dan soda bikarbonat..dan juga boleh tambah perasa vanila untuk kurangkn rasa soda bikarbonat..

selamat mencuba..

pearl said...

su...konfius sebenarnye..resepi tu utk guna tepung gandum ke tepung naik sendiri...

sebab bahan tepung naik sendiri, tapi bile bancuh guna tepung gandum pulak...

confius...ni..

Suhaila said...

Salam..Pearl,

Actually boleh guna tepung gandum or tepung naik sendiri..resepi asal guna tepung gandum..saya tukar tepung naik sendiri..lupa nak edit habis..thanks bgtau.

cuma kalu guna tepung gandum, soda bikarbonat n baking powder kena 1 1/2 sudu teh tiap satu

kalu guna tepung naik sendiri..kena kurgkn sikit soda dan baking powder mcm dlm resepi..

selamat mencuba :)