Alhamdulillah, pada hari ini 7 Julai 2009 genaplah sudah 28 tahun aku bernafas di bumi Allah ini. Sempena hari lahirku kali ini, aku cuba membuat sendiri kek coklat tiramisu. Alhamdulillah kek tersebut menjadi dan sedap rasanya. InsyaAllah aku akan berkongsi resepinya nanti.
Ucapan terima kasih kepada suamiku yang tersayang untuk kad dan hadiah yang sangat istimewa iaitu seutas jam tangan TIMEX. Hadiah yang sangat aku nantikan sebab aku teringin nak pakai semula jam tangan. Aku pun dah tak ingat bila kali terakhir aku pakai jam tangan dan macam mana rupa jam tangan aku yang terakhir. Harapnya aku akan lebih menghargai dan menepati masa selepas ini kerana masa adalah kehidupan dan bertambahnya usiaku hari ini menandakan semakin pendek lagi baki usiaku di dunia ini.
Ucapan terima kasih juga buat kak Zahrah yang memberikan kad serta hadiah set gelas yang cantik dan Eliyana yang memberikan kad dan sarung telefon bimbit yang comel. Kedua-dua hadiah tersebut sangat aku suka dan berguna.
Akhir sekali ucapan terima kasih juga kepada semua yang tak lupa memberikan ucapan dan doa sempena hari lahir kepadaku. Moga usiaku yang telah berlalu dan akan datang akan diberkatiNya. Amin.
"Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);" (Al-Mulk: 2)
10 comments:
Happy Birthday Cik Sue.
Moga dirahmati Allah sentiasa
Ameen
salam...
happy besday!!28 kan??? sorry kat kad tu kak zahrah tertulis 29...tak per...matang tandanya banyak ilmu...hihi...suker tak present tu??maaf x der idea nak beli aper...nampak kat kedai...ni raser sesuai jer bagi kat sue...oklah...sorry kalau sue tak suker..sbb dah banyak dapat cabutan bertuah bende2 yang macam tu...tup2 besday present pun dpt mcm tu jgk...SAMA TAPI TAK SERUPA...HIHI...SAMA DARI SEGI KEGUNAANNYA...TAK SERUPA DARI SEGI BENTUKNYER....
ok sue..semoga ALLAH memberkati usiamu...
Salam,
Has, thanks for the wish :)
Kak Zahrah, terima kasih untuk ucapan, kad dan hadiah tu..su suka hadiah tu..cantik ade corak2...mmg lain dari hadiah cabutan bertuah ;D
selamat hari lahir jugaks~~=)
Salam,
Thanks eli =)
salam su....
hihihi...kebetulan laaa....abi Razlan punyer present kat ummi zahrah samer lerrr dengan present abah safuan kepada ibu suhailanyerrrr...
hihi....
http://razlanzahrah2007.blogspot.com/2008/05/thanx-abithanx-everyone.html
Salam,
Kak Zahrah..tak sangka hadiah kita sama ye..abi Razlan dengan abah Safuan ni berpakat kot..hehe
akak suke tak dengan pantun sy..sejak bile tah sy suke buat pantun..=p
blaja dr semanis kurma kot..hihi..=)
p/s: mule2 tak nak tulis pantun..tibe2 je jdk pantun..=p
salam.
along.. alamak dah terlambat.
apa2 pun.. selamat hari kejadian.
semoga panjang umur murah rezeki.
semoga dipermudahkan segala urusan.
semoga bahagia dunia akhirat.
Salam,
Elly, akak suke pantun awak tu..thanks :)
Huzai, thanks for the wish :)
Post a Comment