Ulangtahun Perkahwinan 'Abah' dan 'Ibu' yang ke -5

Acara potong kek anniversary ke-5 buatan 'Ibu'


Pertamanya bersyukur kepada ilahi kerana dengan izinNYA, maka 'Abah' dan 'Ibu' telah dijodohkan 5 tahun yang lalu. Sungguh banyak kenangan manis yang 'Abah' rasakan hidup bersama dengan 'Ibu'. Segala kekurangan terutama daripada 'Abah' pastinya berlaku (dengan izinNYA) dan insyaallah cuba untuk perbaiki dan daripada 'Ibu', 'Abah' anggap sebagai rencah dalam kehidupan yang tidak perlu kita kesalkan.


'Abah' ingat lagi sewaktu selepas akad nikah, 'Abah' ada katakan pada 'Ibu', yang kita akan ambil masa yang lama untuk sesuaikan diri sebab kita sudah dicorakkan selama 24 tahun dengan suasana yang berbeza. Andai ada kekurangan, maka sama-sama kita tegur dan perelokkan. Sebab perkahwinan itu merupakan satu perkongsian bersama.


Akhir kalam, 'Abah' doakan agar, 'Abah' dan 'Ibu' dikurniakan kebahagian dan kekal sampai ke syurga. Terima kasih bidadariku.....


2 comments:

Anonymous said...

Tahniah Kak su dan Abg Safuan..Bercinta hingga ke syurga~

Suhaila said...

Terima kasih Abang sayang untuk entry istimewa sempena hari yg istimewa ini. Love u so much :)

To Eica - Terima kasih. Itulah yg diharapkan, bercinta hingga ke syurga :)