Homemade Pizza

Sekadar nak berkongsi pengalaman pertama kali dapat membuat pizza sendiri. Bersemangat nak buat pizza ni bila dapat beli Breadmaker Fastbake Morphy Richard di carboot sale dengan harga semurah GBP5.00. Sebelum ni memang dah tengok yang baru di Argos harganya GBP49.90. Boleh tahan mahalnya. Alhamdulillah memang rezeki kami ke carboot hari tu. Breadmaker tu pun masih nampak baru dan elok lagi.

Resepi doh pizza ni aku ikut yang dalam buku panduan breadmaker je. Senang dan mudah. Cawan dan sudu sukatan pun guna yang sedia ada untuk breadmaker.

Air - 1 cawan
Mentega (dicairkan) - 1 sudu besar
Gula - 2 sudu besar
Garam - 1 sudu kecil
Tepung roti (tepung gandum biasa) - 2 3/4 cawan
yis - 1 sudu kecil

Untuk topping aku reka sendiri guna ape yang ade di dapur. Campuran sos cili, mayonis dan sardin. Pastu tabur hirisan bawang besar, keju mozarella dan cheddar. Hasilnya alhamdulillah sedap :)

Rupa sebelum dibakar yang tak berapa bulat bentuknye sebab main tempek je.

Hasil selepas dibakar. Boleh lah dimakan :)

4 comments:

Cantiknyapurple said...

Bestnye kak su dapat breadmaker GBP5. Cemburu..!! Cemburu...!! (Breadmaker ada dlm list to buy saya kat UK neh)

Suhaila said...

Kalau nk yang second hand dan murah kena rajin ke carboot sale atau boleh juga beli kat ebay uk..Kalau yg baru kat Argos nak murah kena tunggu sale :)

Unknown said...

murah tuuuu.. tapi BM ni memang best kan.. mas kat sini pun tgh enjoy

Suhaila said...

Haah Mas, GBP5.00 memang murah. Mane nak dapat BM harga RM25 kalau kat Msia. Memang best dan mudah keje dengan BM ni kan. Campak masuk je semua bahan dalam tu. Skrg Su tgh mood buat roti pulak. Enjoy :)