Semoga Kita Bertemu Lagi

Pada hari Jumaat 3 Ramadhan minggu lalu, hujan rahmat turun dibumi Sheffield bersama rasa hiba dan air mata yang tidak dapat dibendung apabila menyaksikan kak Zahrah dan abang Razlan sekeluarga bertolak pulang ke tanah air. Masih teringat ketika aku sekeluarga baru tiba di bumi Sheffield ini hampir 3 tahun lalu pada 30 September 2007, rumah Kak Zahrah lah yang pertama sekali kami jejak. Ketika itu bulan ramadhan juga dan kami yang keletihan berbelas jam diperjalanan dapat berbuka dengan nasi ayam yang enak masakan Kak Zahrah. Bermula hari itulah ukhuwwah yang terjalin kekal hingga ke hari ini dan selamanya InsyaAllah. Umar anakku juga berkawan baik dengan Alif anak kak Zahrah sebab jarak usia yang dekat. Rasa sedih bila Umar asyik kata nak main mainan yang baru dibeli kat carboot minggu lepas dengan Alif. Rupanya Umar ingat Alif hanya balik sekejap sahaja ke Malaysia. Sian Umar. InsyaAllah, harapnye kami akan bertemu lagi di tanah air kelak.
Bergambar kenangan sebelum Kak Zahrah bertolak ke airport Manchester

Umar dan Alif, moga dapat bertemu lagi bila dah besar nanti

2 comments:

Hacked by w3d0z said...

syahdunye bile tau umar ckp cmtu..=(

aah iA nnt balik msia leh jmpe=)

akka srh abg safuan buat phd cpt2..(suke ati je kan?=p)

rindu akak!

Suhaila said...

Tu la, harap lama-lama nanti Umar faham la. Abg Safuan tengah pulun writing la skrg ni. Kitorang target akan balik before Mac tahun depan. InsyaAllah kita jumpa nanti ye. Miss u too :)