Resepi Donut Sedap

Donut bebola

Masa bulan puasa ni aku teringin nak cuba resepi donut menggunakan kemudahan breadmaker yang ada. Ada resepi kawan yang sedap tapi guna cara manual dan aku tak pasti macam mana nak masukkan dalam breadmaker. Jadi aku google la resepi donut yang menggunakan breadmaker. Terjumpa resepi kat satu laman web ni aku pun terus cuba. Alhamdulillah menjadi dan rasanya pun ramai yang puji sedap. Cuma aku malas dan tak reti nak bentuk rupa donut. Jadi aku buat bentuk bulat-bulat kecil macam bola. Lagi mudah nak makan. Kat bawah ni aku kongsikan resepi donut tu. Kalau nak uli secara manual pun boleh juga.


Bahan-bahan (guna sukatan cawan dan sudu breadmaker) :
1/2 cawan evaporated milk
1/2 cawan air
2 sudu besar butter yang telah dicairkan
1 biji telur
1/3 cawan gula
3 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil yis kering
Minyak untuk menggoreng
Gula caster untuk menyalut

Cara-cara (malas nak translate ke BM) :
Add ingredients to the bread machine according to manufacturer's suggested order. At the end of the kneading cysle, cover the pan with plastic wrap and transfer to the refrigerator. (Or, transfer the mixture to a lightly greased bowl) Refrigerate overnight. Remove dough to a lightly floured surface; roll to about 1/2-inch thick. Cut out into donut shapes or form strips into knots or donut shapes. Cover and let rise for about 1 hour. Fry at 360° until light and browned. Glaze as desired.

p/s - Aku pernah cuba kalau tanpa simpan semalaman dalam peti sejuk rasanya sedap juga. Tapi kalau biar semalaman rasanya lebih sedap. Selamat mencuba :)

Ulangtahun Perkahwinan 'Abah' dan 'Ibu' yang ke -5

Acara potong kek anniversary ke-5 buatan 'Ibu'


Pertamanya bersyukur kepada ilahi kerana dengan izinNYA, maka 'Abah' dan 'Ibu' telah dijodohkan 5 tahun yang lalu. Sungguh banyak kenangan manis yang 'Abah' rasakan hidup bersama dengan 'Ibu'. Segala kekurangan terutama daripada 'Abah' pastinya berlaku (dengan izinNYA) dan insyaallah cuba untuk perbaiki dan daripada 'Ibu', 'Abah' anggap sebagai rencah dalam kehidupan yang tidak perlu kita kesalkan.


'Abah' ingat lagi sewaktu selepas akad nikah, 'Abah' ada katakan pada 'Ibu', yang kita akan ambil masa yang lama untuk sesuaikan diri sebab kita sudah dicorakkan selama 24 tahun dengan suasana yang berbeza. Andai ada kekurangan, maka sama-sama kita tegur dan perelokkan. Sebab perkahwinan itu merupakan satu perkongsian bersama.


Akhir kalam, 'Abah' doakan agar, 'Abah' dan 'Ibu' dikurniakan kebahagian dan kekal sampai ke syurga. Terima kasih bidadariku.....


Semoga Kita Bertemu Lagi

Pada hari Jumaat 3 Ramadhan minggu lalu, hujan rahmat turun dibumi Sheffield bersama rasa hiba dan air mata yang tidak dapat dibendung apabila menyaksikan kak Zahrah dan abang Razlan sekeluarga bertolak pulang ke tanah air. Masih teringat ketika aku sekeluarga baru tiba di bumi Sheffield ini hampir 3 tahun lalu pada 30 September 2007, rumah Kak Zahrah lah yang pertama sekali kami jejak. Ketika itu bulan ramadhan juga dan kami yang keletihan berbelas jam diperjalanan dapat berbuka dengan nasi ayam yang enak masakan Kak Zahrah. Bermula hari itulah ukhuwwah yang terjalin kekal hingga ke hari ini dan selamanya InsyaAllah. Umar anakku juga berkawan baik dengan Alif anak kak Zahrah sebab jarak usia yang dekat. Rasa sedih bila Umar asyik kata nak main mainan yang baru dibeli kat carboot minggu lepas dengan Alif. Rupanya Umar ingat Alif hanya balik sekejap sahaja ke Malaysia. Sian Umar. InsyaAllah, harapnye kami akan bertemu lagi di tanah air kelak.
Bergambar kenangan sebelum Kak Zahrah bertolak ke airport Manchester

Umar dan Alif, moga dapat bertemu lagi bila dah besar nanti

Marhaban Ya Ramadhan


"Apabila tiba bulan Ramadhan maka dibuka pintu-pintu rahmat." (Riwayat Muslim)

Selamat berpuasa dan beribadah. Moga ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya.

Homemade Pizza

Sekadar nak berkongsi pengalaman pertama kali dapat membuat pizza sendiri. Bersemangat nak buat pizza ni bila dapat beli Breadmaker Fastbake Morphy Richard di carboot sale dengan harga semurah GBP5.00. Sebelum ni memang dah tengok yang baru di Argos harganya GBP49.90. Boleh tahan mahalnya. Alhamdulillah memang rezeki kami ke carboot hari tu. Breadmaker tu pun masih nampak baru dan elok lagi.

Resepi doh pizza ni aku ikut yang dalam buku panduan breadmaker je. Senang dan mudah. Cawan dan sudu sukatan pun guna yang sedia ada untuk breadmaker.

Air - 1 cawan
Mentega (dicairkan) - 1 sudu besar
Gula - 2 sudu besar
Garam - 1 sudu kecil
Tepung roti (tepung gandum biasa) - 2 3/4 cawan
yis - 1 sudu kecil

Untuk topping aku reka sendiri guna ape yang ade di dapur. Campuran sos cili, mayonis dan sardin. Pastu tabur hirisan bawang besar, keju mozarella dan cheddar. Hasilnya alhamdulillah sedap :)

Rupa sebelum dibakar yang tak berapa bulat bentuknye sebab main tempek je.

Hasil selepas dibakar. Boleh lah dimakan :)

Cherry & Strawberry Picking

Pada 24 Julai yang lalu, kami bersama kawan-kawan lain di Sheffield pergi memetik buah ceri dan strawberi di ladang Goachers PYO, Retford DN22 9BG. Kami pernah pergi ke ladang yang sama pada November tahun lepas untuk memetik epal dan pir. Ini kali pertama kami berpeluang memetik dan makan buah ceri. Subhanallah sedap dan manis rasanya :)

Buah ceri yang ranum dan manis..nyum..nyum

Abang panjat pokok untuk petik ceri yang tinggi. Buah kat bawah dah abis kena petik. Pastu kena tegur dengan pemilik ladang :D

Kena memanjangkan tangan untuk petik ceri yang tinggi

Umar sedang manikmati ceri yang sedap..nyummi

Uwais sedang menikmati ceri yang manis..nyummi

Gambar satu keluarga yang mesti diambil..Umar nak lari kemana pulak tu

Hasil petikan yang dibawa balik setelah ditolak yang dimakan kat ladang. Kami petik sikit je sebab ingatkan harga mahal GBP12 sekilo. Rupanya GBP4 je sekilo dan GBP12 untuk sebakul penuh :D

Buah strawberi pulak

Ibu dapat buah strawberi kembar, Uwais yang excited bergambar :)

Hasil buah strawberi..walaupun kecil tapi manis

Berkelah setelah penat memetik buah

Hadith: Sikap Yang Baik


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang memberi contoh yang baik dalam Islam maka ia akan memperolehi pahala dan pahala orang yang beramal selepas ia meninggal tanpa kurang sedikit pun daripada pahala mereka dan siapa yang memberi contoh yang buruk di dalam Islam maka ia akan mendapat dosa dan dosa orang beramal dengannya selepas ia meninggal dunia tanpa kurang sedikitpun daripada dosa mereka.”
Riwayat Muslim

Huraian:

i) Kita hendaklah berusaha sedaya upaya mengawal tingkahlaku agar dapat menunjukkan contoh teladan yang baik bagi masyarakat setempat. Sekiranya perbuatan kita yang baik itu menjadi ikutan orang lain maka kita akan diberi ganjaran pahala seolah-olah kita juga melakukannya. Contohnya amalan suka bersedekah, mengajarkan ilmu yang baik, menjaga aurat dan sebagainya.

ii) Sebaliknya jika kita menunjukkan sikap dan perangai yang buruk kepada masyarakat, bukan sahaja kita akan mendapat kejian dan cacian malah sesiapa yang menjadikan kita sebagai ikutan mereka dengan bersikap suka menipu, berkelakuan tidak senonoh dan seumpamanya maka kita juga akan mendapat dosa yang sama seperti orang yang melakukannya.

iii) Oleh itu berusahalah untuk menjadi individu yang baik dan terpuji kerana cerminan akhlak dan peribadi yang mulia akan menjulang kesejahteraan agama, bangsa dan negara.

Sumber: Hadith Harian JAKIM