Rabu petang baru ni lepas Umar balik dari nursery, 'Ibu' ada perasaan bintik-bintik kecil kat muka Umar. Pastu 'Ibu' pun cuba tengok kat badan, bintik merah berair dah mula kelihatan. Apa lagi, itu tandanya Umar kena chicken pox. Rupa-rupanya sekarang musim chicken pox di U.K ini. 'Ibu' telefon nursery semalam kata Umar tak leh mai, Teacher dia cakap dah ada 4-5 kes chicken pox kat nursery tu. So dapatlah Umar cuti tambahan hingga ke Isnin minggu depan. Adik Uwais pun berpotensi untuk kena sebab siapa yang belum kena sekali dalam hidupnya, maka berpeluang besar untuk kena. 'Abah' dan 'Ibu' dah kena dah. Doakan agar Umar cepat sembuh dan adik Uwais kalu kena pun cepat sembuh juga.
عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ اشْتَكَى مِنْكُمْ شَيْئًا أَوْ اشْتَكَاهُ أَخٌ لَهُ فَلْيَقُلْ رَبَّنَا اللَّهُ الَّذِي فِي السَّمَاءِ تَقَدَّسَ اسْمُكَ أَمْرُكَ فِي السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ كَمَا رَحْمَتُكَ فِي السَّمَاءِ فَاجْعَلْ رَحْمَتَكَ فِي الْأَرْضِ اغْفِرْ لَنَا حُوبَنَا وَخَطَايَانَا أَنْتَ رَبُّ الطَّيِّبِينَ أَنْزِلْ رَحْمَةً مِنْ رَحْمَتِكَ وَشِفَاءً مِنْ شِفَائِكَ عَلَى هَذَا الْوَجَعِ فَيَبْرَأَ
Dari Abu Darda' RA dia berkata : Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa di antara kamu menderita sakit, atau saudaranya sakit, maka ucapkanlah : Tuhan Kami adalah Allah, Maha Suci NamaMu di langit dan di bumi, sebagaimana rahmatMu di langit, maka jadilah rahmatMu di bumi, maka ampunkanlah segala dosa dan kesalahan kami, turunlah rahmat dari sisiMu dan ubat dari ubatMu atas penyakit ini."
Riwayat Abu Daud dari kitab Sunan Abu Daud m/s 397 jilid 10.
3 comments:
Semoga cepat sembuh :)
Umar mungkin nanti rasa cepat gatal dan mula menggaru-garu. Kalau boleh bagi persekitaran sejuk sikit supaya gatal badan tak teruk sangat.
Terima kasih kepada Pak cik Shahnom dan Dr Mas.
Alhamdulillah Umar dah makin sihat. Dia memang tak demam. Cuma bintik2 yang keluar. Itu pun kat bahagian kepala je yang agak banyak. Badan tak sangat. Akak dah sapu calamine lotion yang GP bagi untuk kurangkan gatal.
Post a Comment