Bawa Umar ke Masjid

"Masjid yang Umar selalu solat"

Azam 'Abah' adalah setiap kali ke masjid, nak bawa Umar untuk solat berjemaah sekali di masjid. 'Abah' selalu bawa Umar terutama bila hujung minggu sebab masa itu 'Abah' free dan tidak pergi ke Universiti. Adik Uwais tunggu dulu, biar besar skit, kalu tak penat 'Abah' nak dukung je. 'Abah' masih ingat lagi masa kecil, 'Atuk' selalu bawa kami ke masjid untuk solat berjemaah. memang la budak-budak akan cenderung untuk bermain-main sebab diorang budak-budak, tapi sebagai bapa atau ibu kena peringatkan bahawa ini adalah masjid, tempat beribadah, rumah ALLAH, ALLAH marah kalu kita buat bising (ngajar tauhid juga).

" Anak soleh 'Abah' dan 'Ibu' "

'Abah' terfikir untuk bawa Umar ke masjid bila tengok Umar ikut perbuatan 'Abah' dan 'Ibu' bila kami solat berjemaah di rumah. Lagi satu, 'Abah' perhatikan masjid-masjid yang ramai jemaahnya orang Arab, mereka lagi terbuka untuk menerima anak-anak kecil untuk berada di masjid. Sama juga waktu 'Abah' solat di masjid UIA di Gombak, ramai betul anak-anak berlari-lari di masjid. Cuma kita sebagai ibubapa kena kawal dan tegur.

"Adik Uwais nanti 'Abah' bawa ye"


" Sama macam Abang Umar dulu-dulu"

Pengalaman pertama bawa Umar ke masjid

Ya rabbi, memang dinamakan budak-budak, maka aktif la mereka bila nampak kawasan yang lapang. Ia semakin ganaz, bila ada kawan-kawan yang sebaya terutama waktu persatuan adakan program di masjid. Berlari-lari la anak-anak kecil ni. Tapi bila dah abih solat, 'Abah' akan katakan kalu main lagi, 'Abah' tak mau bawa Umar ke masjid dan ALLAH marah kalu kita bermain-main kat masjid ni. Teguran 'Abah' selalu konsisten walaupun 'Abah' pasti akan bawa sebab nak ajar Umar kenal masjid. 'Abah' ada tanya Ustaz, boleh ke anak yang pakai pampers di bawa ke masjid. Ustaz kata boleh selagi mana najis tidak terkeluar dan mengotorkan masjid sepertimana pandangan sesetengah ulama' yang membenarkan perempuan datang haid untuk ke masjid selagi darah tidak mengalir dan mengotorkan masjid.

Umar sudah berubah

Alhamdulillah, 'Abah' tengok Umar dah berubah dan solat sekali bersama dalam jemaah. 'Abah' cuba cari sof paling hujung untuk tempelkan Umar disebelah 'Abah' dan dinding supaya tidak ganggu jemaah lain. Pernah sekali, ada seorang pakcik tu tegur 'Abah', mana anak awak? kenapa tak bawa dia? dan Umar pernah dapat coklat oleh seorang Atuk di masjid.

Kesimpulan

'Abah' rasa elok untuk dibawa Umar dan insyaallah Uwais ke masjid waktu kecil-kecil ni. Biar dia kenal masjid sebagai tempat beribadah dan bukan padang permainan. Kena awasi mereka dan konsisten dengan teguran.

" Kisah Ayah dan Anak di masjid"

2 comments:

iman said...

saya stuju sgt dgn bawak budak kenal masjid masa kecil2.pernah tgok interview budak hafiz quran since 7thn kat malaysia.dia kata mmg atuk dia bawa g masjid since 4thn, and ayah dia nye didikan dari solat jemaah. banyak hikmah solat jemaah katanya: tepati masa, disiplin, ukhwah etc.

pasni umar plak bleh jadi hafiz muda.hehe

Suhaila said...

InsyaAllah mudah-mudahan Umar akan menjadi Hafiz muda dan anak yang soleh. Kami kena berusaha lebih lagi untuk didik Umar dan adik-adiknya :)