Program sambutan hari ibu di Sheffield telah diadakan hampir sebulan yang lalu iaitu pada 20 Mac 2010. Pada tahun ini buat pertama kalinya program hari ibu dianjurkan oleh Helwa PMPMS secara besar-besaran. Aku juga telah menjadi salah seorang AJK pelaksana. Alhamdulillah program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ahli helwa dan adik UG yang telah berkeluarga dan juga yang masih bujang.
Kami mendapat ilmu yang bermanfaat berkenaan kesihatan wanita dalam slot forum. Bergelak ketawa melihat gambar kahwin masing-masing sehinggalah sudah beranak dalam tayangan slaid kasih ibu. Terhibur dengan persembahan nyanyian kumpulan (aku pun turut menyanyi sama) dan juga duet. Yang paling menarik pastilah acara memotong kek hari ibu dan juga penyampaian hadiah. Yang tidak disangka aku memenangi hadiah kategori 'Mum of the Year' dengan lebihan undian yang sangat tipis. Entah siapalah yang undi aku hari tu. Terima kasih juga aku ucapkan. Bagi aku ramai yang lebih layak dan semua ibu yang hadir pada program tersebut adalah Mum of the Year. Yang penting objektif program ini adalah untuk meraikan semua wanita yang sudah atau bakal bergelar ibu di samping untuk mengeratkan lagi ukhuwwah sesama kami di bumi Sheffield ini. Akhir sekali selamat hari ibu diucapkan kepada semua :)
No comments:
Post a Comment