Semalam (25 April 2010, Ahad), 'Abah' dan 'Ibu' pergi ke AGM SMSA. 'Abah' pergi sebab 'Abah' ahli dan meraikan jemputan 'pakcik-pakcik' dan 'makcik-makcik' Umar dan Uwais. Alhamdulilah, AGM semalam berjalan dengan lancarnya dari pengamatan 'Abah'. Pakcik Pisang ko jadi pengerusi tetap dan berjaya mengawal AGM dengan baik. Umar dan Uwais tahu tak apa tu AGM, apa fungsinya dan ia masyru'ke?
'Abah'bawa satu ayat al-quran yang bermaksud dalam surah Asy Syuura ayat ke 38:
“Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan shalat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah antara mereka; dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezeki yang kami berikan kepada mereka”
Ayat tersebut menerangkan beberapa ciri orang beriman kepada ALLAH seperti terkandung dalam tafsir Ibnu Kathir. Salah satunya adalah mereka berbincang sesuatu perkara dan meminta pandangan diantara satu sama lain samada dalam perkara yang melibatkan kepimpinan seperti yang berlaku sewaktu zaman kewafatan baginda, peperangan malah semua perkara yang bersifat keduniaan yang menjadi tali penghubung kebahagian akhirat kelak.
Apa kaitannya ayat tersebut dengan AGM?
AGM definisinya Anual General Meeting lebih kepada mesyuarat tahunan sesuatu organisasi. Ada la pembentangan dan soal jawab daripada pimpinan organisasi dan pemilihan organisasi baru. Kalu dalam bahasa arabnya,ia definisi sebagai muktamar sanawi secara ringkas. Secara mudahnya, muktamar boleh diertikan suatu perjumpaan yang memerlukan ‘respon’ daripada hadirin yang hadir atau ‘muktamirin’. Ia berlainan dengan Ijtima’ ataupun Nadwah yang lebih kepada penyampaian secara sehala, tidak perlu kepada perbincangan penyelesaian dan cara mengatasinya. Kaitannya, ayat di atas menyuruh kita untuk berbincang atau bermesyuarat dalam membincang atau membuat keputusan dan yang paling penting dalam pemilihan pucuk pimpinan. 'Abah' dan 'Ibu' harap Umar dan Uwais dapat jadi pemimpin yang mampu dan beramanah.
Apa kaitan mampu dan amanah dalam kepimpinan?
Cuba rujuk ayat dibawah;
"Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: "Wahai ayah, ambillah dia menjadi orang upahan (mengembala kambing kita). Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat (al-quwwah), lagi amanah (al-amin)." (Al-Qasas : 26)
Ayat di atas ada menekan soal ciri kepimpinan yang perlu ada iaitu al-Quwwah dan al-Amanah, sarjana Islam yang agung bernama Syeikh Ibn Taimiyyah mengulas mengenai perkara ini yang bermaksud,
"Al-Quwwah dinilai pada setiap kepimpinan berdasarkan keadaannya. Dan al-amanah pula merujuk kepada perasaan takutkan Allah, tidak menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang murah dan tidak takutkan manusia."
Tambahan lagi, sepertimana hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim mengenai peristiwa diantara Rasulullah dengan Abu Dzar, memberikan signal yang jelas kepada kita semua bahawa jawatan atau persoalan kepimpinan perlu diberikan kepada ahlinya. Bukan hanya kekuatan dalaman semata-mata tapi memerlukan gandingan kekuatan luaran. Walaupun Abu Zar adalah seorang sahabat yang soleh lagi warak dan zuhud. Namun begitu, amanah kepimpinan dan politik berhajat ciri-ciri yang lebih dari itu, bukan sekadar warak dan soleh sahaja. Justeru itu, tidak semua sahabat layak mengendalikan urusan siasah seperti al-Khulafa al-Rasyidun.
'Abah' rasa setakat itu dulu, kang kalu banyak pulak susah untuk dihadamkan.

"Pakcik-pakcik ko sedang bertanding jawatan Presiden SMSA 2010/2011. Pemenangnya, pakcik Ammar Ehsan...Tahniah buatmu. Nampak tak pakcik Pisang ko"
4 comments:
wah wah umar dan uwais sudah pandai menge-blog!
Tahniah uwais dan umar. Mesti terpengaruh dengan pakcik joegrimjow ni.
boleh menang r umar n uwais..
To Eica - haah, abah diorang bersemangat ajar Umar n Uwais berblog skrg ni :D
To Hilman - Terpengaruh ape? berblog ke? ermm betul la tu..hari2 'Abah' tengok hits lepas update :D
To SMSA Women - Ni Ayu kan? insyaAllah depa boleh bertanding 20 tahun lagi :D
Post a Comment