Kereta baru 'Abah'

'Abah' ada bagitau yang hendak cerita pasal kereta baru yang 'Abah' beli. Kereta tu dibeli sebab kereta Megane Scenic sebelum ini dah rosak. Beli pun sebab mudah 'Ibu' nak hantar Umar ke sekolah dan boleh la berjalan-jalan hujung minggu seperti ke carboot. Sebelum itu, 'Abah' nak bawa satu ayat al-Quran sebagai permulaan entry ini. Dipetik daripada surah Ali-Imran ayat ke 14 yang bermaksud:

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga)."

Ali Imran: 14

Berbalik kepada kereta baru 'Abah'. Kat sini nak beli kereta senang je. Cara 'Abah' ialah beli surat khabar 'Ad Mag' kat Tesco. Bajet la kereta bawah GBP 500.00 sebab nak pakai setahun lagi, pastu dah jumpa contact la penjual dan buat appointment nak jumpa. Tak silap 'Abah', 'Abah' minta tolong pakcik 'Azwal' dan pakcik 'Mizi' ko pergi ambil kereta kat Doncaster. Sampai sana pukul 10.00 malam. Pakcik 'Azwal' ko memang pandai bab kereta dan Pakcik 'Mizi' boleh tolong 'Abah' bawa balik ke Sheffield. Kedua-dua pakcik ko ni memang baik dan suka tolong orang. Umar dan Haziq (anak pakcik 'Mizi') pun pergi sekali. Kereta kira ok dan perlu diservis lepas beli. Kereta Fiat Brava 1.6 automatik dibeli sebab 'Ibu' tak biasa bawa kereta gear manual.

"Kereta baru 'Abah'."

Harapan 'Abah' agar kereta ini digunakan untuk manfaat dan kebaikkan keluarga kita bersama. Hantar Umar pergi sekolah, boleh bawa Umar pergi masjid hujung minggu dan bawa 'Ibu' dan adik Uwais pergi jalan-jalan hujung minggu juga. 'Abah' tidak mahu kereta ini lebih 'Abah' sayangkan daripada nak membantu buat kerja-kerja manfaat kepada keluarga dan masyarakat. Sebab sifat manusia secara semulajadinya sayang kepada harta-harta dunia seperti ayat yang 'Abah' petik di atas. Kuda pilihan daripada ayat tersebut ibarat kenderaan seperti kereta yang kita guna sekarang. Wallahualam.

9 comments:

Anonymous said...

hehe, boleh tumpang bawak ayam 750 ketul lagi boleh?

Safuan said...

aik...hari tu dah tumpangkan 50 bungkus nasi. sudah lupa ka?

~Kupu Kupu Solehah~ said...

Keta wane kuning ke? nape tak menariklah 'Abah' ko ni.hhuhu

iman said...

bru jek bincang pasal nak bli keta dgn adik tadi...tup2 dah ada post ni. MashaAllah...

tp btol, ramai yg syg keta lebih dr segalanya sampai lupa tujuannya apa

Suhaila said...

To Eica - insyaAllah boleh je selagi kete tu mampu bergerak :D

To Adik Irah - Kete betulnye warna silver.ni bewe amik gambar kat internet je..nnti akak upload gambar yg real punya ;)

To Iman - Wah Iman nak beli kete juga..ok je asalkan digunakan untuk kebaikan dunia akhirat :)

joegrimjow said...

wah wahhhhh
jgn lupe keta 'abah' ni bawak pak cik joegrimjow p peak district, bako2 ayam
kekeke

Mas Afzal Masarudin said...

SubhanAllah, kereta Fiat Brava yer. Tersenyum saya mendengarnya Abg Safuan. Ada banyak sejarah dengan kereta Fiat Brava ni bang, cuba tanya Aliaa. =)

Kereta ni memang dah ditakdirkan untuk saham dunia dan akhirat, insha Allah.

Safuan said...

Pakcik Joe - Boleh aje, setkan masa. Jgn terbakar peak district sudah.

Pakcik Mas - Brava...hehehehe.Abang pun tau sejarah, sempat la pi carboot dgn Brava yg awal2 dulu sebelum berjumpa dgn pakcik scrap.

Suhaila said...

Sorry..Umar tekan reject masa moderate komen Cik Su ni..akak dah copy paste semula :)

Kupu Kupu Solehah said:

'Abah', bawa kereta balik KL la, baru bersejarah. Blh ceksu bawa pi program =).
Dan, keSian 'Cek Su', pergi kelas tiap2 hari jalan kaki, lebih 3km stiap hari. hehe. Takpe, syukur alhamdulillah blh menikmati udara dkt uia. Umar, cepatlah balik, sian Cekyah,ceksu kena tunggu 'Abah' =)