Sheff Mantops Gurls @ NISE 10

Sheff Mantops Gurls, itulah nama kumpulan kami yang menyertai pertandingan nasyid NISE 10 di Leeds pada Sabtu yang lalu. Kumpulan kami terdiri daripada 9 orang. Selain aku ialah Eica (selaku pengurus), Kak Zahrah, Qilot, Alina, Fatimah, Ayu, Munirah dan Alia. Kami memilih untuk menyampaikan lagu Sumayyah (Mawaddah) dan juga For The Rest of My Life (Maher Zain). Kami telah memulakan sesi latihan sejak dua minggu sebelum pertandingan bertempat di rumah adik-adik 5 Filey. Semua ahli telah memberikan komitmen yang tinggi sepanjang tempoh latihan sehinggalah hari persembahan. Kumpulan kami merupakan yang keempat membuat persembahan daripada 13 kumpulan. Kami telah cuba memberi persembahan yang terbaik walaupun rasa gemuruh tak dapat dihilangkan. Keputusan diumumkan pada sebelah malam selepas sesi ceramah oleh wakil Nisa' Malaysia. Akhirnya debaran membuat persembahan dan menunggu keputusan telah berakhir dengan kami mendapat tempat ke-6 daripada 13 kumpulan yang bertanding. Walaupun agak hampa, tapi kami akui semua kumpulan yang bertanding hebat belaka dan juara tahun ini adalah juara yang masih bertahan sejak NISE tahun lepas iaitu daripada Nottingham. Tempat kedua daripada Birmingham dan ketiga adalah kumpulan daripada Sheffield juga. Tahniah diucapkan kepada semua kumpulan yang telah berjaya. Kami juga mendapat hadiah hamper dan sijil penyertaan sebagai kenang-kenangan.

Sijil NISE 10 dan cenderamata Nisa' sebagai kenangan

Untuk menonton video lagu yang kami nyanyikan boleh klik di bawah ini :
Video lagu SUMAYYAH
Video lagu FOR THE REST OF MY LIFE

Kedua-dua video tersebut menggunakan suara asal penyanyi dan merupakan hasil kerja kreatif adik Eica dan Sofiah. Diharap ukhuwwah yang terjalin antara kami sepanjang tempoh latihan dan pertandingan ini akan kekal selamanya. Yang pastinya aku telah mula merindui saat-saat manis itu. Semoga segala amal kita ini diterima dan diredhai oleh Allah s.w.t. Ameen..

4 comments:

bAiTi said...

Pergh, nama pun mantops! :P

Anyway, cuba lagi tahun depan ;)

Suhaila said...

InsyaAllah, akan cuba lagi tahun depan ;)

Farah Y said...

Salam Kak Su,

Seronoknya dapat participate sambil berdakwah.

Suhaila said...

Salam Farah,

Haah, seronok..alhamdulillah boleh join juga walaupun dah beranak 2 nih hehe