Kisah Anak-anak Yang Semakin Membesar

Masa sungguh cepat berlalu. Anak sulungku Umar kini sudah berumur 3 tahun 8 bulan. Bulan Jun akan datang dia akan genap 4 tahun. Umar sudah hampir 5 bulan masuk ke nursery percuma di sini, bermula September tahun lepas. Kelasnya hanya 3 jam (12.45 tgh-3.45 ptg) setiap Isnin hingga Jumaat. Di nursery Umar belajar bergaul dengan kawan-kawan, bermain, melukis, mewarna, merekacipta, dengar cerita, menyanyi dll. Semua aktiviti berbentuk santai, menarik dan tidak formal. InsyaAllah bulan 9 tahun ni Umar akan masuk ke kelas yang ada pembelajaran lebih formal.

Muhammad Umar Mukhtar anak soleh

Sekarang ni Umar dah faham dan boleh menyebut beberapa perkataan bahasa Inggeris. Umar sangat berminat dengan nombor. Dia dah boleh mengira, minat nak belajar tambah dan tolak dan dah mula belajar untuk melihat jam dan kalendar. Dia juga cepat ingat dan suka hafal nombor rumah dan apa sahaja yang berkaitan dengan nombor. Selain tu, Umar juga dah berminat nak membaca. Aku belum mula nak mengajar Umar membaca sebab di sini ada sistem phonic yang aku tak biasa. Aku fikir nak tunggu dia belajar di sekolah nanti. Tapi nampaknya dia dah boleh membaca perkataan mudah dengan tiga huruf dan sesetengah perkataan yang dia selalu nampak dia akan ingat. Kalau bacakan buku dia akan ikut menyebut perkataan. Umar juga dah mula pandai menulis. Dia dah kenal, pandai eja dan menulis nama dia, adik, abah, ibu serta kawan-kawan baiknya. Tiap hari sebelum ke nursery Umar sangat suka tengok surat. Dia boleh tahu surat yang mana untuk kami sebab dia dah tahu nama abah dia dan alamat rumah. Selain tu, aku juga masih teruskan mengajar Umar Iqra' dan hafalan doa, zikir dll. Alhamdulillah, dia memang cepat ingat. Cuma dia cepat bosan dan tak boleh duduk lama-lama nak membaca Iqra'. Aku kena ubah cara pengajaran. Kadang-kadang guna kaedah audio CD dengan lagu menarik. Pada 23 Mac nanti Umar akan menjalani rawatan untuk mencabut giginya yang sudah rosak. Harap semuanya berjalan lancar.

Lukisan dan tulisan Umar - Snowman Umar, Uwais, Abah dan Ibu (gambar ibu terbalik sebab tak muat..huhu)

Uwais pula sudah berusia setahun 4 bulan sekarang. Dia masih belum boleh berjalan sendiri dan masih bertatih. Agak lambat seperti abangnya juga. Tapi mulut dia dah bising menyebut banyak suku kata dan perkataan yang hanya dia seorang fahami. Giginya baru tumbuh 8 batang. Harapnya gigi yang lambat tumbuh akan lambat juga rosak. Tambahan dia hanya menyusu badan dan tidak minum botol seperti abangnya. Aku juga sudah latih Uwais untuk gosok gigi kerana dia sudah makan makanan seperti orang dewasa. Dia sangat suka bila disuap makan bersama abang dia. Uwais sangat ramah dan tak takut dengan orang lain sejak kecil lagi. Sesiapa yang dia baru jumpa dia akan senyum dan boleh didukung. Dia juga sangat suka tunjuk dengan jari ke arah sesuatu dan juga tunjuk gambar-gambar dalam buku yang dibacakan untuk dia.

Muhammad Uwais anak soleh

Itulah cerita Umar dan Uwais dengan kaletah dan kecerdikan mereka yang menyejukkan hati aku walaupun ada ketika mereka buat perangai yang memeningkan kepala kami ibu dan abahnya. Apa pun, itu adalah lumrah perangai anak-anak kecil yang sedang membesar. Semoga kami akan terus sabar mendidik mereka dan mudahan menjadi anak yang soleh dan bertaqwa. Ameen..

Permata hati

9 comments:

Anonymous said...

haha..comel gila budak dua org ni!!!
moga jadi anak yg soleh yg membanggakan akak dan abg safuan

joegrimjow said...

wawah umar
posing diaaa
hehe

Hacked by w3d0z said...

waaa comelnye mereka! rindunye nak main2 ng umar and uwais..

moga jadik anak soleh=)

Suhaila said...

To Eica - Mudah-mudahan jd anak soleh..Ameen.

To Joe - Posing2..nnti besar Umar boleh lawan pok cik Joe posing :)

To Elly - Rindu Elly jugak..moga jadi anak soleh..Ameen.

Ahn Dee (Asyandi) said...

umar, nti dah cabut gigi mesti malu nak panggil nama pakcik2 dia.. hehe
semoga umar dan uwais jadi anak yg soleh..

Suhaila said...

To Andi - Doakan rawatan gigi Umar berjalan lancar. Dentist bgtau akan buat stainless steels crowns juga. Harap boleh bantu Umar untuk mengunyah makanan dan nak panggil pakcik2 dia nanti :)

MSI said...

Nampak jelas dari raut muka mana satu anak abah dan emak
Umar muka macam abahnya
Uwais persis emaknya :)

joegrimjow said...

ok cik joe xpandai posing
kene vlaja ngn umar ni
hehe

Suhaila said...

To Shahnom - SubhanAllah..ciptaanNya yang Maha Adil :)

To Joe - Boleh2 pok cik Joe, kata Umar :)