Resepi Nasi Berkeju Bakar

Resepi yang aku nak kongsikan ni aku ambil daripada buku PANDUAN PEMAKANAN ANAK SIHAT & PINTAR (Koleksi Majalah Pa & Ma).

Bahan-bahan:

2 mangkuk nasi
150 gram isi ayam (dipotong dadu)
1 batang lobak merah bersaiz kecil (dipotong memanjang)
1/2 biji lada benggala merah dan hijau (dipotong dadu)
2 biji bawang merah (dicincang halus)
2 biji bawang putih (dicincang halus)
1/2 cawan krim
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Keju cheddar

Cara Menyediakan:

1. Mula-mula sediakan nasi goreng. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau. Kemudian, masukkan nasi dan kacau rata. Setelah nasi masak boleh diangkat dan ketepikan.
2. Selepas itu, panaskan kuali sekali lagi dan tumis bawang merah sehingga naik bau. Kemudian masukkan krim dan sedikit garam. Kacau sekali lagi.
3. Masukkan lobak merah dan ayam. Kacau dan biarkan sehingga masak.
4. Kemudian, masukkan cili benggala dan kacau lagi. Angkat apabila kesemua bahan sudah masak.
5. Panaskan ketuhar pada suhu 220 degrees C.
6. Masukkan nasi yang telah digoreng ke dalam magkuk casserole dan tuangkan kuah ayam ke atasnya.
7. Taburkan keju dan bakar sehingga berwarna kekuning-kuningan.
8. Hidangkan semasa sederhana panas.

Selamat mencuba!

2 comments:

Hacked by w3d0z said...

wah menarik resepi ni..
salu gak pikir apa nak buat kalo ade lebih nasi..

dah bosan nasi goreng so leh modify ng tambah keju and bakar =)

alamak..tp oven plak rosak..huhuhu..

Suhaila said...

haah, cuba la elly..sedap resepi nasi ni..tapi kena beli oven baru la dulu kot hehe