Jalan-jalan Ziarah & Membeli-belah

Cuti Krismas dan tahun baru yang lepas kami sekeluarga pergi ke Cardiff untuk bercuti sambil ziarah kawan aku Hasliza & Islahuddin sekeluarga. Kami bertolak pada 28 Disember 09. Sepanjang di sana, kami sempat melawat National Museum & Gallery Cardiff pada 29 Dis. Main luncur salji dan membeli-belah di charity shop pada 30 Dis. Suamiku dan Umar saja yang main luncur salji. Aku dan uwais tunggu dalam kereta sebab kesejukan. Di charity shop, aku dapat beli jaket yang cantik warna marun dengan harga £5. Kami juga sempat ke Cardiff Bay sebelum bertolak ke Birmingham pada 31 Dis. Di Birmingham kami berhenti semalam untuk ziarah kawan aku Ramli & Ma sekeluarga. Kami cadang nak pi Cadbury World, tapi rupanya tutup sampai pertengahan Januari. Jadi tahun baru 1 Januari 2010 kami bertolak balik ke Sheffield.

National Museum & Gallery Cardiff

Cardiff Bay

Setibanya di sheffield, pada 2 Januari kami jalan-jalan dan membeli belah di Junction 32 Outlet. Ini kiranya membeli-belah sempena boxing day yang aku dah terlepas. Harapnya masih ada January sales. Rupanya jauh juga perjalanan ke sana. Hampir sejam. Tapi jauh-jauh pergi tak banyak barang pun yang kami beli. Cuma beli kasut but untuk aku dan kasut untuk Umar di Clarks, baju budak untuk hadiah anak kawan di Next dan beli coklat dia Cadbury factory shop. Dengar cerita kat sana ade jual pisau jenama Sheffield yang murah. Tapi kami tak jumpa kedainya. InsyaAllah boxing day tahun ni kami akan pergi lagi. Kepada yang nak pergi, website outlet tu ialah di link ni.

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras" (Ibrahim: 7).



2 comments:

sally said...

Hi Su.. bestnyer dapat jalan-jalan..
shopping lagi...

Suhaila said...

Hi Kak Sally..kat Msia pun best jalan2 dan shopping..Saya rindukan Msia terutama makanan yang sedap2..yang memang tak jumpa kat UK ni huhu