Petik Buah Strawberi



Hari Sabtu yang lepas kami sekeluarga telah pergi memetik buah strawberi di ladang dekat Doncaster. SubhanAllah walhamdulillah, inilah kali pertama aku berpeluang melihat dan memetik sendiri buah strawberi dari pokok. Satu pengalaman yang sangat menyeronokkan apabila menyaksikan keindahan dan keunikan ciptaan Allah s.w.t. Anakku Umar pun seronok memetik dan makan buah strawberi kat sana. Aku rasa macam nak petik semua je buah-buah strawberi tu. Bukan selalu dapat peluang petik dan makan buah strawberi yang segar, merah dan manis dari pokok. Harganya pun murah berbanding kalau beli kat market. Satu bakul penuh kami petik kena bayar £5 je. Sampai tak larat dah nak makan. Aku fikir nak buat jus atau yougurt je strawberi yg masih ada ni :)

"(Kalaulah ia tidak memikirkan asal dan kesudahan dirinya), maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana kami mentadbirkannya): Sesungguhnya kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan. Kemudian kami belah-belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan, Lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian, Dan buah anggur serta sayur-sayuran, Dan Zaitun serta pohon-pohon kurma, Dan taman-taman yang menghijau subur, Dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput, Untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu." ('Abasa: 24-32)

5 comments:

Hacked by w3d0z said...

bestnye..jeles2...elly pon x pernh lg petik strawberi tu...next year iA:)

Suhaila said...

hehehe..jgn la jeles eli..insyaAllah berpeluang petik strawberi lagi next year :)

AyImNiNa Family said...

Salam.. wa hebat2.. ni yang kak zah nak kena share gak ni.. pengalaman pemetik strawberry. kekeke

Maria Maarof said...

Wah.. nampak segar dan besar sungguh strawberry tuh.

Nyum! Nyum!

Suhaila said...

Salam kak zah, share jgn tak share pengalaman berharga memetik strawberi :)

Salam has, buahnya mmg sedap nyum..nyum :)