Alhamdulillah, aku dah selamat melahirkan puteraku yang kedua secara normal pada 16 oktober 2008, jam 12.17 pagi dengan berat 3.438 kg.
Pada hari ke-7 kelahiran anakku telah diadakan majlis mencukur rambut dan dengan rasminya dia diberi nama MUHAMMAD UWAIS, sempena nama seorang tabi'in Uwais al-Qarani yang hidup pada zaman Rasulullah s.a.w. Mudahan anakku akan mencontohi peribadi Uwais yang sangat zuhud, bertaqwa dan berbakti kepada ibu bapanya.
Selepas baru dilahirkan
"Bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan di bumi; Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya; Ia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendakiNya." (Asy-Syuura: 49)
11 comments:
h..insyaallah kami dtg melawat
tahniah su
tahniah....semoga semakin ceria.
Terima kasih semua :)
salam.. congrat dari kami sekeluarga! - jaslina+azril=syahmi+
tahniah atas kelahiran uwais.. semoga jadi anak yang soleh
Tahniah...samalah nama nak kita. Take care.
salam, kak su..kirim salam pd uwais ye...hihi
uwais mcm ibu die la...akak post la gmbr terbaru ea..tq.
tahniah...semoga Allah merahmati anda sekeluarga selama-lamanya..
Ameen..terima kasih atas doa dan ucapan semua :)
Post a Comment