Minggu Ke-37 Usia Kandunganku

Minggu ke-37, kepala bayi mungkin sudah turun ke ruang pelvik. Bonjolan ketara pada perut akan semakin membesar. Bentuk bayi dalam kandungan juga semakin membulat dan kulitnya bertukar menjadi merah jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah sebanyak 5 cm. Kuku lembut telah terbentuk pada hujung jari tangan dan kaki.


Dah lama aku tak update tentang perkembangan kandungan aku. Agak sibuk sejak ramadhan sampai raya ditambah pulak dgn tiada ilham nak menulis. Alhamdulillah, masa scan pada minggu ke-32, uri aku dah naik ke atas dan aku boleh bersalin normal insyaAllah. Cuma masa tu kepala bayi masih pada kedudukan songsang, belum turun ke bawah. Masa jumpa midwife pada minggu ke-34 dan 35, alhamdulillah kepala bayi dah pusing ke bawah. Temujanji aku dengan midwife seterusnya pada minggu hadapan, kira-kira selepas 38 minggu. Cuma kadang-kala aku rasa macam bayi aku masih berpusing-pusing lagi. Sekejap kepala kat atas pula. Harapnya masa nak bersalin nanti kepala bayi aku akan tetap di bahagian bawah. Persiapan beg untuk ke hospital aku dah buat. Cuma rasanya macam ada lagi barang bayi yang kurang. Aku pun agak blur jugak nak membeli barang dan baju bayi kat UK ni. Baju-baju untuk bayi kat sini lain sikit terutamanya bila dah musim sejuk macam sekarang ni. Sekarang ni aku rasa berdebar jugak sebab bila-bila masa dari sekarang aku dah boleh bersalin. Mudahan segalanya akan berjalan lancar dan selamat nanti. Harap semua sudara-mara dan sahabat tolong doakan :)


No comments: