Syawal sudah sampai kepenghujungnya, aku baru berkesempatan nak 'update' cerita tentang Aidilfitri di perantauan ni. Alhamdulillah, kami sekeluarga berpeluang menyambut aidilfitri buat kali kedua di bumi Sheffield. Seperti tahun lepas, tahun ni kami beraya lebih awal sehari dari Malaysia iaitu pada 30 September 2008. Yang istimewa juga pada hari raya ni genaplah setahun kami di bumi Sheffield. Seperti biasa pada hari raya pertama diadakan solat sunat aidilfitri dan jamuan raya di PMC.
Bersama kawan2 (Kak Zahrah & Abg Razlan, Kak Zah & Abg Z)
Tiap hujung minggu sepanjang Syawal telah diadakan rumah terbuka mengikut kawasan di Sheffield ni. Untuk minggu pertama adalah giliran kawasan city. Rumah kami pun tak ketinggalan turut serta buat open house pada 5 Oktober lepas. Ramai jugak tetamu yg datang dari tengahari sampai mlm. Aku pun tak lepas peluang pi open house kawasan lain walaupun tgh sarat mengandung. Inilah yang bestnye beraya kat Sheffield ni. At least terubat jugak kerinduan dgn suasana beraya di tanah air. Aku juga ada hantar gambar dan ucapan raya ke utusan online. Tapi sebab aku lambat hantar, dah habis bulan syawal baru keluar.
"Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib." (Fussilat:34)
Ramadhan Yang Berlalu
Alhamdulillah, baru ada kelapangan dan mood untuk mencoret dalam blog ni. Mengimbau bulan Ramadhan yang telah berlalu, hatiku menjadi sayu dan rindu. Alhamdulillah, Ramadhan kali ni aku dapat berpuasa penuh walaupun sedang sarat mengandung. Suasana yang aku paling suka apabila bangun sahur setiap pagi, solat subuh dan bertadarus dengan suami aku. Selain tu, macam-macam aktiviti mengisi Ramadhan aku yang lalu.
Dua minggu yang pertama aku ada tolong jagakan anak perempuan seorang pelajar PhD dari Libya. Aku jaga selama 5 hari. Umur dia baru setahun setengah. Itulah pengalaman pertama kali aku menjaga anak orang lain. Alhamdulillah budak tu baik dan tak banyak ragam. Cuma anak aku Umar yang kadang-kadang buat hal sebab cemburu agaknya. Dua minggu berikutnya, aku jadi tuan rumah untuk keluarga Rya dan Helmi yang baru sampai di Sheffield. Anak aku Umar pun seronok dapat kawan untuk bermain kat rumah.
Setiap hujung minggu sepanjang bulan Ramadhan juga meriah dengan program iftar di PMC. Suami aku yg menjadi AJK Biro Agama PMPMS sebagai pengarah program memang agak sibuk. Terasa cepat sungguh Ramadhan berlalu tahun ni. Moga segala amalanku diterimaNya dan aku berpeluang lagi untuk bertemu dengan Ramadhan akan datang. Ameen.
Tazkirah semasa program iftar
Acara memasak untuk iftar anjuran kawasan city
Suamiku yang juga menjadi amil zakat
Acara memasak untuk iftar anjuran kawasan city
Suamiku yang juga menjadi amil zakat
"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur." (Al-Baqarah: 185)
No comments:
Post a Comment