Sekejap sungguh masa berlalu, dah 3 bulan kami berada di bumi Sheffield UK ni. Rasa macam baru sampai sini pada 30 September yg lalu. Mengimbau kembali perjalanan kami dari Malaysia ke UK ni, Alhamdulillah segala perjalanan dipermudahkan Allah walaupun aku rasakan itulah perjalanan yang paling lama dan memenatkan. Kalau nak dikira tempoh perjalanan lebih kurang dalam 26 jam bermula dari masa kapal terbang bertolak dari KLIA sampai kami jejakkan kaki di bumi Sheffield ni. Lama kan? Lebih satu hari perjalanan.
Masa mula-mula sampai sini kami menginap di rumah Kak Maazah dan Abg Zakaria lebih kurang 5 hari. Lepas tu baru pindah ke rumah kami sendiri. Di UK ni kami sewa rumah flat 2 bilik dengan harga 450 pound sebulan. Kalau tukar ke RM memang mahal dan sewa rumah kami memang lebih mahal juga dari sewa rumah di kawasan lain di Sheffield ni. Tapi harga tu memang biasa untuk rumah di kawasan bandar. Alhamdulillah kami dapat sewa rumah di kawasan bandar sebab kebanyakan orang Malaysia yang baru sampai di Sheffield ni susah untuk dapat rumah di bandar. Memang rumah cepat penuh walaupun sewanya mahal. Terima kasih banyak pada Haslina sebab tolong tempahkan rumah ni untuk kami. Kebetulan tuan rumah kami orang yang sama. Rumah kami ni juga terletak dalam kawasan Universiti. Hospital universiti pun sebelah rumah. Suami aku pi pejabat dia pun cuma jalan kaki lebih kurang 15 minit. Bolehlah jimat sikit kos untuk pengangkutan. Kami pun tak beli dan guna kereta sebab sekarang ni belum rasa perlu. Kalau nak berjalan-jalan tiap hujung minggu kami boleh naik bas atau tram (keretapi pendek jalan atas jalan raya). Sementara anak baru seorang ni larat lagi nak tolak.
Kami sempat berpuasa di UK selama dua minggu. Cerita tentang beraya di UK ni memang lain dari Malaysia. Memang beraya sakan bak kata orang utara. Tiga hari berturut-turut kami pi berjalan ke rumah terbuka dari pagi sampai petang. Sampai dah tak larat nak makan. Lepas tu, anakku Umar sampai kena demam, batuk dan selsema. Memang sejak sampai UK ni dah beberapa kali anak aku kena batuk, demam dan selsema. Dia tak tahan sangat dengan cuaca sejuk. Masa mula-mula sampai dulu, aku dan suami pun sangat terasa perubahan cuaca. Sekarang dah boleh tahan sikit walaupun cuaca bertambah sejuk sebab musim sejuk akan tiba tak lama lagi. Selain tu anak kami Umar ni ada kulit yang sensitif juga. Tak boleh kering dan terdedah sangat pada alat pemanas. Mudah naik bintik-bintik merah macam eczema. Sapu losyen biasa memang tak sembuh. Kena guna minyak parafin (bau macam minyak petrol) baru kurang sikit. Itu pun kena sapu tiap-tiap hari dan banyak kali. Nasib baik dapat percuma dari klinik. Kat sini rawatan dan ubat untuk kanak-kanak semua percuma. Bercerita tentang anak aku Umar ni, lepas 3 minggu kat UK ni dia dah boleh berjalan. Masa tu umur dia setahun 4 bulan lebih. Agak lambat juga tapi orang kata normal untuk anak sulung dan lelaki. Sekarang ni makin tak duduk diam la dia, meneroka sana sini.
Setakat ni aku cuma duduk rumah dan jaga anak. MSc aku lambat siap dan lepas habis terus kena ikut suami sambung PhD. Tak sempat nak kerja betul-betul. Perancangan aku memang nak sambung PhD juga. Mungkin tunggu suami aku habis belajar dulu. Kat sini aku nak sertai kelas bahasa inggeris percuma yang disediakan kat universiti sebab english aku pun dah makin berkarat. Tapi nurseri untuk kelas tu dah penuh. Mungkin sem depan baru boleh masuk. Selain tu aku fikir nak cari kerja sambilan sebagai cleaner kat hospital sebelah rumah aku ni. Tapi masih tunggu kekosongan. Kalau nak cari kerja lain jauh sikit dan payah nak pergi. Kat UK ni malam siang tak tetap waktunya macam kat Malaysia. Masa cepat gelap macam sekarang ni payah nak bergerak seorang terutama perempuan. Rasanya setakat ni dulu coretan tentang kehidupan baru kami sekelurga di bumi Sheffield, UK ni. InsyaAllah akan datang lebih banyak cerita menarik untuk dikongsi :)
No comments:
Post a Comment